Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Saturday, July 16, 2011

Kam Heong Chicken



Sewaktu menjelajah ke Sky Blue's Kitchen, mieza terjumpa resepi ni..sebenarnya mieza suka sangat dengan blog ni..the way Kak Diana snap picture tu ya Allah cantikkkkk sangat...mieza suka sangat..tak jemu-jemu mieza tengok gambar-gambar kat blog dia...satu lagi blog yang mieza suka is Arah by Ika..waaaaa food yang depa ni show memang mieza can't resist! Membuatkan mieza bercita-cita nak belajar fotografi...tapi pardon me, mieza punya gambar tak cantik huhuuhu

Bila mieza nampak je resepi yang Kak Diana tunjuk ni terus mieza nak mencuba..dan memang best! Mieza memang suka Chinese food...suami bagi rate 9.5/10..maksudnya dia suka la tu..bila mieza google maksud Kam Heong, ia bermaksud 'the most frgrant and delicious' hmmmm memang namanya tak tipu..memang sedap! Mieza akan masak lagi dan lagi dan lagi resepi ni




Kak Diana, izinkan mieza copy paste resepinya kat sini untuk rujukan mieza in future ya..tapi mieza ubahsuai sikit..oleh sebab sos tomato dah kehabisan kat umah ni, maka mieza ganti dengan sos plum dan cili api (juga dah abis) mieza ganti dengan cajun (baru beli hihiiihi)..


KAM HEONG CHICKEN
Recipe ~ Wardah @ Bersantai tapi berwawasan
Source: Sky Blue's Kitchen
Source: Mieza @ WAWMC


Bahan-bahan:
500 gm ayam _ ( mieza guna dada ayam _ di buang kulit dan tulangnya kemudian di potong kecil )
4 tangkai cili padi ( di ketuk ) _ mieza guna 1/4 sk cajun sebab cili api dah abis ngehhhhh
2 tangkai cili merah ( di hiris ) _
10 biji cili kering _ Diana tambah...mieza pun
2 labu bawang besar ( di hiris ) _
1 ulas bawang merah ( di cincang ) _ Ni Diana tambah..mieza ikut kak diana, tambah gak
4 ulas bawang putih ( di cincang )
5 helai daun kari
Minyak

Bahan-bahan Perap ( Ni Diana tambah yer...mieza pun ikut sekali )
1/2 tsp serbuk lada putih
1/2 tsp serbuk lada hitam
1/2 biji telur
2 tsp minyak bijan
1 tbsp tepung jagung
1 tsp gula
Garam secukup rasa

Bahan-bahan A
2 sudu makan rempah kari _ mieza guna cap 'O'
2 sudu makan sos cili _ mieza guna brand life
2 sudu makan sos tomato _ mieza ganti sos plum
2 sudu makan kicap _ mieza guna kicap manis cap kipas udang
1/2 sudu makan kicap cair Loon Kee _ Ni Diana tambah..mieza tak letak
2 sudu makan sos tiram _ mieza guna brand Lee Kum Kee
Gula secukup rasa - mieza tak letak sebab dah letak kicap manis


Cara-cara:

1. Gaulkan ayam bersama bahan-bahan perap dan biarkan selama 30 minit.

2. Kemudian panaskan minyak dan goreng ayam sehingga ayam masak tapi jangan garing.. Angkat dan toskan.. Ketepikan.

3. Di dalam periuk yang lain (mieza guna non-stick pan).. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, 1 biji bawang besar cincang dan cili kering sehingga naik aromanya.

4. Kemudian masukkan bahan A dan daun kari... Gaul rata.. Biarkan sehingga ianya nampak pekat.

5. Masukkan ayam goreng, cili merah ( Diana tak bubuh, mieza pun tak letak ), 1 biji bawang besar yang d hiris dan cili padi (mieza ganti cajun). Gaul sehingga ayam sebati bersama kuahnya.

6. Angkat dan hidang dengan nasi putih.

6 comments:

Amie said...

Mieza,
Kak Amie pun dah tengok resepi ni di dapur Diana, memang kreatif... gambar2nya pun sgt menarik! Kalau nak perbaiki mutu persembahan mmg kena belajar fotografi drp Diana... he hehe Kak Amie tak byk masa, lepas masak, ambil gambar je atas dapur...hi hi hi tanpa sebarang aksesori....

Mieza said...

@ Kak Amie
Mieza pun baru nak belajar amik gambar ni..jeles tgk kekawan gambor cantikk tp sblm tu kena beli camera dulu..tu yg hari tu post gambor camera idaman ahakkksss...

Kak Sam said...

Setuju sangat. Memang cantikk sgt. Kita tu berimpian jugak nak buat gambor yg catikk2. tapi rasanya takat impian je kut.

Mieza said...

@kak sam
tak per biar ada impian dulu then br kita work towards that goal..hehehe mieza ni dok bodek hubby beli dslr tp belum lg dpt huhuhu

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum mieza..
dah cuba dah yer.. sedapkan ayam kam heong nie... akak pun suka...

wah puji melambung nie.. ehhehe.. terima kasih... Akak pun ambil gambar tu main hentam2 jer gitu... kena ambil kursus nampak gayanya.. skg pun hanya guna Digital Compact Camera... nak guna DSLR mmg x reti pun.. huhuu.. gambar2 kat dapur ika tu mmg cantik.. akak pun suka tgk.. menarik n menawan hati kan

Mieza said...

@kak diana
mmg ayam tu sedap kak..hubby bg rate 9.5/10..TQ share resepi..

tak kira camra mcm mana gambar2 akak memang sgt lawo dan mieza tertarik menarik gitu...sukerrrrr buat mieza teringin nak amik gambar sebegitu huhuhu

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...