Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Sunday, July 17, 2011

Ikan Pelata Kekek Goreng Dalam Kuah Percik

Ikan Pelata Kekek yang mieza masak 2 hari lepas..baru hari ni teringat nak post resepi dan gambar..tengok gambar dulu ya..kang petang sikit mieza post resipinya..

Resumed, Monday 18 July 2011 @ 9am
Assalamualaikum..mintak maaf mintak ampun mieza tak sempat nak berblogging langsung semalam..sibuk gitu siapkan tempahan muffin untuk hari ni..jadi pagi ni mieza baru mieza boleh post resepinya kat opis sekejap sebelum ke kelas jam 11 am nanti..sebenarnya mieza dah lama nak makan ikan percik..tapi asek tertunggak sebab mieza malas nak idupkan api..(psssttt mieza tak suka bakar ikan dalam oven..suka bakar atas arang gitu..tradisional!)..oleh sebab mieza malas bakar jadi ikan ni mieza goreng ahakkkssss

Kita stop celoteh panjang-panjang ya..jom kita tengok resepinya...

Ikan yang sedap digoreng begitu saja ataupun dibuat asam pedas..



IKAN PELATA KEKEK GORENG DALAM KUAH PERCIK
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan perapan ikan:
5-6 ekor ikan pelata kekek -atau ikan apa-apa saja yang disukai
4 ulas bawang putih
2 cm halia
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng ikan

Bahan kuah:

1 mangkuk santan pekat
4 -5 biji bawang merah
2 inci halia
1/2 camt lada hitam
1 sb tepung beras - dibancuh dengan santan hingga larut
1 keping asam keping
Garam gula secukupnya

Cara-cara;

1. Tumbuk semua bahan perapan hingga lumat. Lumurkan pada ikan dan perap selama 1/2 jam. Kemudian goreng hingga masak atau hingga garing mengikut citarasa masing-masing. Angkat dan toskan minyak. Ikan juga boleh dibakar jika tak suka goreng.

2. Sediakan kuah percik. Tumbuk lada hitam, halia, dan bawang hingga lumat. Satukan bahan tumbuk, santan, asam keping, dan tepung beras. Renehkan atas api sederhana hingga mendidih. Hendaklah sentiasa dikacau untuk mengelakkan ia berketul. Rasakan garam gula.

3. Tuangkan kuah percik ke atas ikan yang telah digoreng. Jika ikan dibakar, percikkan kuah ke atas ikan sewaktu membakar dan dibalik-balikkan ikan di atas pemanggang.

Selamat mencuba...mieza makan ikan ni dengan nasi putih berkuahkan sup sayur di bawah ni..simple je menunya yet so very mouthwatering!

2 ekor sorang memang tak cukup!!!



...dan kuahnya sup kubis dan cendawan...sedap dihirup slruppppp!

7 comments:

Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek said...

salam mieza,ikan percik ....sedapkan???

nuwairani ismail said...

arghhhhh! percik!!! menu yg dirindui! bulan pose kot last masak tu...

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum mieza...
wah buat ikan kuah percik yer... sedapnya tu... akak x perna lg masak sendiri.. selalunya beli jer.. tu pun time puasa jer.. :D

Mieza said...

@Pn Ros
Mieza ni mmg suka yang percik2 ni..kekadang mieza buat percik merah..nnt kak ros buat juga ya! :)

Mieza said...

@ nani
haaaaa tak lama lg nak posa dah boleh la nani buat..akak snbrnya lagi suka percik merah..nnt nani buat tau.

Mieza said...

@ kak diana
ha kak mieza dah bg resepi nanti kak diana cuba tau..kekadang kalau malas mieza pun beli je kak :)

风骚达哥 said...

20151204 junda
longchamp handbags
michael kors handbags
michael kors outlet
michael kors outlet
louis vuitton outlet
coach outlet
louis vuitton handbags
nike air max
timberland boots
nike blazers
air jordans
nike shoes
christian louboutin uk
juicy couture
michael kors outlet online
ghd hair straighteners
nike outlet store
air jordan 13
louis vuitton
ray ban
prada outlet
cheap uggs
mizuno running shoes
michael kors outlet
mont blanc pens
louis vuitton
michael kors
ed hardy uk
oakley vault
burberry outlet online
nike outlet
coach factory outlet
moncler jackets
moncler outlet
true religion outlet
pandora charms
coach factory outlet
ray ban
louis vuitton outlet
chaussure louboutin

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...