Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Saturday, July 23, 2011

Ikan Merah Masak Hijau - Tapi color merah...ngehhhhhh



Bila mieza nampak Kak Diana @ Sky Blue's Kitchen masak ikan pari masak hijau, hati mieza terus tertawan..kebetulan ada sekeping isi ikan merah yang baru beli seberat 300 gm (RM9)..ikan ni memang mahal kan..tapi rasanya sangat sedap..kekadang goreng kunyit biasa pun dah cukup berselera makan...masa mieza BW ke SBK ni time tu tengah kerja..bila nampak je resepi tu terus berazam nak balik umah dan masak untuk berbuka semalam..tapi semalam mieza flat lak..kepenatan sebab terlalu banyak kerja kat opis..jadi resepi ni tertunda hingga hari ni...



Tapi kenapa resepi mieza kaler merah? Hehehee sebab tak ada cili hijau kat umah ni hari ni..yang ada cuma cili merah..tu yang jadi merah tu..tapi rasanya sedap sangat..tatau mieza nak cakap macam mana..u all kena try sendiri baru leh tahu..memang mieza tak nyesal mencuba..siap mieza jilat-jilat jari lagi..sib bek tak jilat pinggan je..insyaAllah esok nak beli cili hijau dan cuba pula masak ikan pari macam kak diana..


IKAN MERAH MASAK HIJAU

Source: Kak Diana @ SBK, Kak Nor @ Secubit Garam
Source : Mieza @ WAWMC


Bahan-bahan:

2 - 3 ekor anak ikan pari _ dibersihkan, potong, gaul dengan kunyit & garam. (mieza guna sekeping ikan merah seberat 300 gm)
1 sudu besar bawang putih kisar
2 sudu besar sambal belacan
3 - 4 batang daun kari
3 batang cili hijau dihiris _ k.nor tumbuk kasar ( Diana pun tumbuk kasar )(mieza tak letak sebab tak ada)
1 - 2 sudu kecil serbuk lada hitam - mieza tak letak, mieza ganti dengan 1 sb cili kering kisar
Garam dan serbuk perasa secukupnya
5 - 7 bj cili padi _ dihiris ( yg ni k.nor tambah ) _ Diana pun tambah juga (mieza tak letak)
1 biji bawang besar - hiris bulat - ini mieza tambah


Cara-cara:



1. Campurkan bawang putih, cili kering kisar, sambal belacan dan ketepikan.

2. Panaskan minyak, goreng ikan pari hingga agak garing. Angkat, toskan dan ketepikan.

3. Kurangkan minyak kalau gunakan minyak gorengan ikan tadi. Masukkan campuran, sambal belacan, bawang putih, serbuk lada hitam dan tumis hingga naik bau.

4. Masukkan lada hijau dan daun kari, kacau rata .

5. Masukkan bawang besar dan sedikit perasa dan garam jika perlu dan gaul rata.

6. Masukkan ikan pari yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata. Biarkan sekejap hingga tumisan tadi sebati dan meresap dengan isi ikan. Matikan api. Siap untuk dihidang.



9 comments:

Amie said...

wah...! rancaknya Mieza masak... ikan merah tu masak apa pun sedap, kalau makan tengahari Kak Amie suka rebus je, bubuh serai & daun limau purut, dengan 2-3 biji cili padi...

Mieza said...

@ kak amie
sekali sekala di hujung minggu kak..kalau hr kerja tu masak campak2 je..rebus alal-ala singgang ye kak..sedap tu kak..nak pula picit cili api..perghhhhh ada pulak petai dn budu..memnag sedap tak hengat dunia kan kikikikiki

Mas said...

memang best resepi ni..
mas pun suka...
sedappkan kak....

Mieza said...

@ mas
sedap sesangat mas..akak akan masak lagi dan lagi :)

nuwairani ismail said...

yela..ikan merah memang mahal...tapi isinya manis...sedap betol...kalau pergi pasar sandakan, usha2 jugak kalau ada ikan merah. memang beli. kalau masak bercili mcm ni laaaagi sedap!

Mieza said...

@ nani
adik ipar akk ckp seafood kt sabah murah..beshnya la kan..anak sedara akk lak kata daging rusa kt sana murah..tang itu mmg besh dok sabah...bila la nak mkn nani masak mcm ni ye...psst nani kt kelate kat mana? leh jumpa raya ni..

Diana @ Melley Mey said...

resipi nie mmg bestkan mieza.. mmg terbaik.. akak pun suka sgt kat resipi nie.. sedaaap

Mieza said...

@kak diana
tak dpt disangkalkan lagi..resepi ni mmg best..walaupun mieza msk jd kaler merah tp sedap sgt! Hubby suka!

林磊 said...

2016-2-23 leilei
ugg boots for sale
adidas trainers
nike store
nike trainers
louboutin shoes
cheap jordans
chi flat iron
adidas uk
tiffany jewelry
coach outlet online
nike blazers shoes
oakley sunglasses
christian louboutin
mizuno running shoes
kate spade outlet
michael kors bags
burberry outlet
louis vuitton outlet
louboutin
louis vuitton uk
canada goose jackets
micahel kors
true religion jeans
louis vuitton
canada gooses outlet
michael kors
ray ban sunglasses
coach factory outlet
air jordan femme
sac longchamp
toms outlet
toms outlet store
timberland uk
fitflops uk
nike shoes
canada goose uk
longchamp soldes
nike roshe run
michael kors handbags
ralph lauren outlet
ed hardy uk

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...