Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Tuesday, July 12, 2011

Ayam Bumbu Bali



Assalamualaikum...lewat mieza bersiaran hari ni...tak menang tangan wehhhh...orang lain lunch kul 1pm, mieza kul 2 baru leh mencari snek dan dok depan blog...ni kepala dah wenggggg sebab dari pagi tadi dok ngadap PC..kalau ngadap PC sambil blogging tak per..berjam-jam pun ok jer hehehe

Hari ni mieza nak tayang Ayam Bumbu Bali yang dimasak hari Ahad lepas untuk makan bersama Nasi Carrot dan dicouplekan juga dengan Dalca Ayam...resepinya mieza skodeng dapur Kak CT Delima...waaaaa sedap bangat ayam ni...memang sesuai dimakan dengan nasi tumis mahupun nasi putih saja...aroma daun limau purutnya menambahkan lagi harum si ayam ni..anda pun kena cuba...sedap sangat ayam ni...tapi mieza ubahsuai sikit...tambah cili kering kisar, kasi itu pedas ada kill sikit...


AYAM BUMBU BALI

Resepi : Chef Wan
Sumber : Azlita @ Masam Manis & CT Delima @ DDCT


Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam - potong kecil, dibersihkan dan diperap sebentar dengan kunyit serbuk dan sedikit garam. Goreng lembab dan ketepikan. (mieza goreng hingga masak)
250 ml santan tin
3 helai daun limau purut
2 sudu besar kicap pekat
5 biji buah keras *
8 biji cili merah *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 sudu teh kunyit serbuk *
1 sudu besar cili kisar (CT tambah yang ini - mieza pun tambah gak)
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar kicap manis (CT tambah utk gelapkan sedikit kuahnya - mieza pun tambah gak)
Minyak untuk menumis
Tomato dipotong 4
1 biji Bawang besar potong bulat.

Cara-Cara :

1. Kisar bahan yang bertanda * panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik minyak dan garing sedikit.

2. Masukkan ayam, santan dan daun limau purut. Kacau sebati dan biar hingga kuah agak pekat.

3. Masukkan garam, sedikit gula pasir, kicap pekat dan kicap manis secukup rasa, gaul sebati.

4. Masukkan tomato dan bawang besar yang dipotong bulat. Kacau lagi dan perasakan.

5. Bolehlah dimatikan api dan hidangkan bersama nasi putih atau nasi kegemaran anda.


10 comments:

Amie said...

waduh.....waduh Mieza,
aroma daun lima purut memang tak dapat dinafikan....membangkitkan selera!

inahar ali said...

salam mieza cayang..yuhuu nk mai tumpang mamam kt sini..kt klinik makan kedai mamak jek..dh muak giles! uishh dh lama nmpak resipi nih dulu tp lom try lg..xper kita cer terai kt dapur mieza dulu sepinggan..hehe!

Mas said...

wahhh...sedapnya tengok ayam tu..
menyelerakan la...

nuwairani ismail said...

semua yang buat resepi ni menayangkan daun limau purut...kita ni sensitip betol la tengok daun limau purut...sedapnya!!!!

Mieza said...

@ kak amie
resepi chef wan mmg sedap kak...kena je dgn selera ni..sedap bangat ayam ni..makan bertambah2!

@ kak ina
kalau la kinik kak ina tu kat TM dah lama mieza bungkuskan ayam ni dan nasi karot..burp burpppp! sendawa kekenyangan hahaah

Mieza said...

@ mas
ayam ni mmg sedap mas, akak suka...tapi kalo mas yg masak mesti lg ummmphhhh!

@ nani
waaaa byk tul la persamaan kita..akak kalo dgn limau purut ni ishhhhh mcm serasi gitu! tu la pasal tanam pokok lomau purut bakang umah..petik je bila nak masak...fresh from the farm gitu dik!

Kak Sam said...

Tak pernah try lagi ni. nak try jugak le.

CT Delima said...

As'salam Mieza

waduhhh...memang sedap banget ayam bumbu bali ni kan. kak ct pun macam nak buat lagi. anak2 kat rumah sampai menjilat rempah2 kat jari2 tu... hihihi.


terima kasih ya mieza sebab sudi mencuba ayam bumbu bali ni :D

Mieza said...

@ kak sam
kena try kak sam..mmg tak nyesal..sodapppp gitu..tak tipu...)

dan terima kasih Kak sam sudi follow mieza...semoga ukhuwwah berpanjangan :)

Mieza said...

@ Kak CT
Mmg sodap banget kak..TQ kak CT sudi share resepi...mieza mmg suka resepi ni..makan dgn nasi karot sedapnya kak! jilat2 jari mieza hahahha

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...