Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Thursday, June 23, 2011

Puding Tembikai



Huwaaaa sedapnya puding ni tatau nak cakap macam mana..banyak sungguh makan time berbuka posa semalam..1/4 loyang tu dibedal sorang-sorang..habis tu macam mana nak diet? Huhuhuu...bila disimpan dalam peti ais, sejukkkkk je puding ni lalu ikut anak tekak..

Sebenarnya puding ni dengan agar-agar roti yang ditayang sebelum ni tak jauh bezanya, cuma kali ni dilayerkan seperti rupa tembikai, jika dimasukkan esen tembikai rasanya mungkin lagi sedap..tapi oleh sebab tak ada esen tembikai, layan je la dengan esen vanila..mieza penah makan puding tembikai versi puding buih guna putih telur...tapi cara nak membuatnya macam rumit sikit, jadi belum lagi mencuba resepi yang itu..satu yang disukai tentang puding ini ialah colornya yang cantik itu..tapi yang tak best nya bila letak red coloring tu, ingatkan dah jadi merah tapi rerupanya jadi pink..maka pucat la sikit tembikai daku huhuhu..lepas tu, kat umah ni tak der la pulak cincau atau bijan hitam, jadi mieza guna je bijan biasa sebagai biji tembikai..tak kira guna apa sebagai bijinya puding ni memang sodap banget!



Dah ramai yang mencuba resepi ni..tu yang buat nak cuba juga tu..kebetulan ada roti lagi kat umah..antara yang dah cuba dan cantik giler depa punya layer tembikai ialah Izah, Kak nor (macam biasa kak nor punya memang cantik sesangat sampai aku jeles),Ika, dan Nieza..walaupun tak secantik kawan-kawan blogger yang lain, tetap gak nak tayang kat sini heheheh


PUDING TEMBIKAI
Sumber : [email protected]

Bahan-Bahan:(mieza guna loyang 7 inci)
1 pkt agar2 12gm
3 kpg roti (buang kulit)
4 1/2 cawan air
6 sudu besar gula
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1 sudu teh vanila
Pewarna merah/hijau


Cara-Cara:

1. Masak agar-agar bersama gula dan air hingga agar-agar dan gula hancur.

2. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis.Blend halus

3. Setelah agar-agar dan gula hancur, tapiskan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.

4. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai) (mieza guna 1 cawan dan lebih sedikit) .Biar keras sedikit.

5. Pastu sedikit lagi warna asal (mieza guna 1 cawan), curahkan di atas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit

6. Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi. Taburkan potongan cincau tadi sebagai biji tembikai. Biar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk.

Jom makan sama-sama!

10 comments:

Mas said...

wah...cantiknya...
mas juga tak buat2.....he..he..

Mieza said...

mas
tapi warna merah tu pucat jd pink..len kali leh wat tembikai kuning pula mas..kalau ada bijan hitam lg cantik..nnt ma buat ye..dan tayang, mesti lg cantik dr akak punya sbb akak ni keras tgn!

K.Nor said...

eh, cun dah tu.. cuma kaler jer kurang striking.. layer nice dah.. buat lagi nanti, lebihkan sket kaler merah.. insyaallah mieza buat lagi cantik lps tu nanti :)

izahdaut said...

lawa laaaaaaaahhhhhhh...
kire warne jambu jambu gitu.sukee.. litelitegitu..

yang prnting diet kelautttt.. hahaha

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

assalamualaikum

kak..akak pnh buat muffin x??thn brapa lama ya klu x disimpan dlm fridge??

♥LOVE2COOK♥ said...

Hi dear...thanks for stopping by and leaving your precious in my blog. Here I am to yours!!!

I really liked your pudding colour here. So soft and beautifully done...rasa nak ngap aje. Dah lama bookmark,tapi tak terbuat je...haishhh.

Mieza said...

@ kak Nor
tu la kan kaler tu kurang toghang..len kali mieza nak letak byk le skit coloring nya tu..TQ kak

@izah
memang dah lama ke lautttt izah oiiii..mcm mana niiiii mkn naik bdn badan..kome tayang food sedap2 akak terliurrrrrr

Mieza said...

@Noor Azlen
TQ sudi singgah kat sini..muffin kalau disimpan dalam fridge boleh tahan sampai seminggu insyaAllah..masak masak mufin apa tu?

Mieza said...

@ Love
TQ for visiting..like ur blog very very much..next to be tried is ur mayo saucy chicken tu..looks soooo very tempting :)

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

assalamualaikum..

bru nak mncuba..terima kasih akak..

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...