Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Friday, June 24, 2011

Lompat Tikam - I wonder how it gets its name!



Semalam kan, hari ke 13 berpuasa ganti kan, teringiiinnnnnnnn sangat nak makan lompat tikam, a Kelantan's traditional dessert..dedulu masa sekolah kat KB selalu beli kat Pasar Siti Khadijah a.k.a pasar bulat (masa tu namanya Pasar Buluh Kubu), murah je harganya, sebungkus RM0.50..kalau sekarang mana lah nak dapat sebungkus pada harga tu ye? Tapi yang Pasar Siti Khadijah punya tu keras sikit tang badan hijaunya..kali ni buat badan hijaunya lembik-lembik macam bubur som-som gitu..sedapppppnya makan masa berbuka semalam..tak sangka pulak anak-anak suka kuih ni..



Kuih lompat tikam ni banyak version, tapi kalau di Kelantan mesti ada 4 benda: badannya kaler ijau, dadihnya warna putih, sirapnya warna perang gelap dan pulutnya warna merah. Tapi bila di Terengganu, according to a fren, tak der pulut merahnya, ada setengahnya gantikan pulut merah tu dengan sagu dan sebagainya...bila tanya mak resepinya, mak kata mana ada mak sukat-sukat, mak main agak-agak je...jadi untuk tampal resepi kat sini, mieza cilop resepi kak fida MyR..tapi ditambah pulut merah..


LOMPAT TIKAM
Recipe & Source: Mother & Kak Fida @ MYR, Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan ( 10-12 mangkuk kecil )

*Lapisan bawah :-
62 g tepung beras ( 8 sb )
660 ml air ( 2 1/2 cwn + 2 sb )- mieza letak 2 1/4 cawan je
62 ml air pandan ( 3 sb ) + 1/2 sk pewarna hijau - len kali nak tambah kaler ni sbb pucat skit kaler nya
1/2 sk garam
1 sk air kapur - mieza letak 1 sb


*Lapisan dadih :-
25 g tepung beras ( 3 sb )
600 g santan pekat ( 2 cwn + 5 sb )
1/2 sk garam - mieza letak 1 sk


*Sirap gula melaka :-
250 g gula melaka ( 1 cwn - yg telah dihiris halus) - mieza guna 2 keping saiz yang besar
500 ml air ( 2 cwn )
1 helai daun pandan - di simpul


*Pulut Merah:- Mieza tambah
1 cawan beras pulut
1 sk pewarna merah
1/2 sk garam
Sedikit santan cair - hingga menenggelami beras pulut


Cara-cara:-

1. Lapisan bawah/badan: Campurkan bahan-bahan lapisan bawah di dlm periuk,kacau rata dan masak hingga pekat dan berkilat.Matikan api. Tuang adunan ke dalam mangkuk-mangkuk kecil yg bertutup hingga 1/2 bahagian mangkuk.Ketepikan.

2. Lapisan dadih:- Masak pula lapisan dadih hingga pekat dan tuang keatas lapisan bawah tadi.Sejukkan pd suhu bilik.

3. Sirap:- Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak hingga gula hancur dan sirap pekat.

4. Pulut merah:- Pulut direndam dengan pewarna merah dan air selama 3-4 jam. Kemudian sejatkan pulut, masukkan pulut ke dalam loyang bersama garam dan santan cair dan dikukus hingga masak.

5. Cara menghidang:- Ambil pulut merah, letakkan di atas adunan badan dan dadih, dan disiram dengan sirap gula melaka. Jika suka makan sejuk,simpan kuih yg telah diisi air gula di dlm peti sejuk.


9 comments:

Wanieyra said...

Sedapnya....

Mieza said...

@ Wanieyra
TQ Wanieyra, wanieyra pun suka makan lompat tikam juga? sedapkan? nnt wanieyra buat tau..

Mas said...

akak..nak segelas lompat tikam tu...
sedapnya tengok..
lama dah tak makan..

Mieza said...

@ mas
bulehhhh mas, nak bergelas-gelas pun bolehhh, dtg visit TM tau..ptg ni nak masak ayam mayo saucy tu..tak thn tgk love, k nor dan mas masak!

Gee® said...

walla...wonderful lompat tikam... lepas makan kite main lompat2 nak...? hehehe

Mieza said...

@ Gee
Terima kasih sudi singgah bloq mieza..mieza masih tertanya ngaper namanya begitu..agaknya org dulu2 makan sambil lompat2 dan tertikam kuih ni kot :)

Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek said...

Mieza ,tabik spring,kak ros orang kelantan pun malas nak buat lompat tikam ni,kalau balik kampunr memang gi beli kat pasar.suka makan malas buat.mana datang namanya wallahhuallam yang....Tak tahu siapa yang kena tikam sampai merah berdarah pulutnya.hehehe

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

makanan org kelantan ye. saya takpernah makan, tapi selalu dengar nama. byk step betul... bila2 kang nak try la, tq kak mieza.

Mieza said...

@ kak Ros
org kelate juga ke kak? sedapkan kak kuih ni..senang je kak nnt akak boleh la buat try resepi ni...walau dari mana dia dpt nama, namanya tetap unik :)

@Fiza
Nnt fiza try tau..nampak je panjang arahannya..tp senang je cara nak buat..selamat mencuba fiza..nnt bgtau akak your verdict ye :)

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...