Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Sunday, June 12, 2011

Kerabu Kacang Botol

Assalamualaikum semua..dah lunch? Menu apa hari ni? Mesti sedap-sedap semuanya kan? Mesti tengah baring-baring depan TV kekenyangan tu..hari ni kami sekeluarga lunch menu ala kampung..ada gulai ikan merah, ikan tamban kering goreng dan ada kerabu @ urap ni haaaaa! Sedap dan berselera gitu makan. Tu belum tambah budu lagi tu..orang Kelantan kan, mana leh tolak tepi budu..sebab makan budu la fomfuam kelate manis-manis semua ahakksss



Beli kacang botol ni kat pasar malam Tg Malim petang semalam...bila ternampak je kacang botol ni terus terlintas nak buat kerabu..bila makan kerabu ni yang tak bestnya hubby tak boleh makan...bukan tak boleh makan kerabu tapi tak leh makan kacang tu...kalau tak dia la penggemar kerabu kat umah ni..sian dia...



Cili api ni pun nak gak tayang kat sini hehehe..suka dengan warnanya yang merah menyala tu..tadi buat kerabu tu pakai 2 biji pun dah pedas menyengat!



Errrr daun kari tu tak beli..tu tanam sendiri kat bakang umah...segar bugar gitu..jadi tumpuan jiran tetangga (walaupun umah teres ku tak bertangga, dalam umah ada la tangga untuk ke atas heehe)...sapa nak, ambik je daun kari ku itu...sedekahhhhhhh :)




Meh kita tengok resepinya...


KERABU KACANG BOTOL
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:

300 gm kacang botol - cuci, celur dan hiris nipis
1 biji bawang - hiris
2 biji cili merah - hiris
2 camb kerisik
1 biji limau nipis - ambil jusnya
Garam gula secukup rasa

Bahan tumbuk:
1/2 cawan udang kering - direndam dengan air panas
3 ulas bawang merah
1 inci belacan
2-3 biji cili api - kalau suka pedas boleh tambah lagi
1/2 cawan kelapa parut


Cara-caranya:

1. Di dalam mangkuk besar, masukkan semua bahan termasuk bahan tumbuk dan digaul rata.

2. Masukkan jus limau nipis, garam dan gula. Gaul rata. Sendukkan ke dalam pinggan yang bersesuaian dan hidang dengan nasi putih.


p/s: kalau tak habis simpan dalam peti ais tau..sebab takut kelapa parut tu masam...

2 comments:

izahdaut said...

sukee kerabu.. tapi nk buat tu ada sikit malas.. krup krap je kan. beesstt

Mieza said...

@izah: leh la geng sebab akak mmg peveret kerabu..apa2 jenis sekali pun...tapi tang nak buat tu mmg malas sbb byk bahan..tang makan mmg besh tak hengat!

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...