Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Sunday, June 12, 2011

Donut Ball

Selalu aku buat donut ring..untuk bekpes pagi ni buat donut ball lak sebab nampak Kak Dayang dan Izah buat, maka eden pun kena buat juga...anak yang tengah tu tanya "mama naper donut ni bukan macam tayar?" haisyyyy tayar ke, ball ke, panjang-panjang ke semua donut lah...bentuk je lain hehehe,,mak pula kata "mak suka yang traditional juga..bentuk tayar"..aisehhhhh! nenek dengan cucu taste sama la pulak...tapi encik hasben no komen...katanya bentuk apa pun tak per..janji sedap semua dia ngappppppp! Senang bela suami den tu!



Pagi tadi buat satu adunan..sebab kesian kat hubby dari semalam minta dibuatkan donut..separuhnya aku sadur dengan gula castor, separuh lagi hubby kata tak yah letak gula sebab dia nak makan dengan sambal bilis lebih makan dengan nasi lemak...sedap la pulak coz rasa ala-ala burger Malaysia...makan la dengan apa pun sayang oiii...janji kenyang dan sodappppppp!



Yang paling seronok buat donut ball ni ialah tang menguli untuk jadikan ball tu...kids la paling seronok sebab dapat main dengan tepung...tak kisah la muka depa putih melepak kena tepung pun, janji depa rajin nak ke dapur...

Jom kita tengok resepinya...aku kopipes dari umah kak dayang..tapi tepungnya aku pakai tepung superfine brand Nona..


DONUT BALL
Resepi : [email protected] SaYang


Bahan-bahan:
(menghasilkan 31 balls, my size)

2 cawan tepung gandum atau tepung high protein - aku pakai tepung superfine
2 1/2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung
1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 air suam (direndam hingga berbuih)
1 sudu kecil ovallette
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
1 sudu besar marjerin
1/3 cawan air / susu segar (-/+)
gula saduran
**(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)


Cara-cara :


1. Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.

2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.

3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian (aku dapat 31 biji) dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.

4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.

5. Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.


Jemput makan semua!

No comments:

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...