Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Saturday, June 11, 2011

Cekodok Pisang - I'm backkkkkkkkkkk!!!!



Huwaaaaa rindunya pada blog WAWMC..seminggu tak kujengah..nak wat camna kat kampung eden tak der streamyx, nak on 3G pun tak dapat..sebab umah jauh ke dalam kampung...yang dapat pun 2G je..slow giler huhuhuhu tapi tak per..daku dah kembali...muah muah muah hehehe

Cekodok pisang ni sebenarnya masak sebelum balik kampung minggu lepas lagi..tapi tak sempat nak post entry ni maklum le the very busy lah, bila dah masuk kerja ni tak menang tangan..kalau tangan banyak macam sotong pun belum tentu leh siap semua kerja ahakksss...jadi pagi-pagi ni lepas je breakfast terus nak post entry ni walaupun hanya cekodok pisang yang kumasak last week for tea heheheh



Balik kampung ni memang besh, tak cukup rasanya seminggu..bila balik tu biasa la, penuh grand livina ku..kalau boleh nak letak troli kat belakang livina tu untuk isi barang shopping kat Rantau Panjang hehehe tu pun sib baik demam 3 hari (nasib baik demam????? isyyyy) kalau tak sure dibuat rombongan cik kiah ke Pengkalan Kubur pulak heheheh

Meh kita tengok resepi cekodok pisang yang aku rasa semua orang tahu kot resepi nya nih..aku guna pisang awak yang mak mentua ku kasi dari kampung..sukatan aku tak kasi la ye..sebab aku main agak-agak je..


CEKODOK PISANG
Recipe : Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:

Beberapa biji pisang awak - lenyek (aku guna food processor sebab malas nak melenyek ngeh ngeh)
Tepung gandum
Baking Powder (aku letak 1 camt je)
Gula secukupnya (tak yah letak banyak sebab pisang dah manis)
Secubit garam
Minyak penuh untuk menggoreng


Cara-caranya:

1. Satukan semua bahan kecuali minyak dan gaul sebati. Adunan hendaklah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat (nanti cekodok keras). Sedang elok gitu untuk dijemput dengan tangan. Adunannya pekat-pekat manja (hmmmmm macam mana ye pekat manja tu? hehehe)

2. Panaskan minyak dalam kuali hingga betul-betul panas. Basahkan jari, jemput adunan cekodok dan gorengkan di dalam minyak panas. Terbalik-terbalik kan cekodok agar masak sama rata. Goreng hingga keperangan. Angkat dan tos minyak.

3. Hidangkan bersama minuman kegemaran.


p/s: anak-anak aku suka kalau cekodok dimasak semalaman, kemudian digoreng balik hingga garing. Cekodok perangat kata depa..

No comments:

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...