Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Tuesday, June 21, 2011

Ayam Seri Harum



Haaaaa Ayam Seri Harum dah sampai Tg Malim...ni kes terliur tengok Kak Nor Mas, Kak CT Delima, (ada lagi tak yg tak disebut?) maka aku pun nak juga menerai resepi ayam ni..ternyata memang harummmmm sangat..masak untuk berbuka puasa semalam..hari ni off puasa kes tak terjaga bangun sahur..lupa nak set alarm..



Resepinya aku kopipes dari dapur kak nor yang sentiasa menghidangkan masakan yang best-best tu..Selamat Mencuba!

AYAM SERI HARUM
Resipi & Source : [email protected]

Bahan:
3/4 ekor ayam ~ dipotong kecil
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit

2 sudu besar cili mesin
1 biji bawang besar *
3 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup* (* diblend)
2 batang serai ~ diketuk
1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
3 kpg asam keping
3 helai daun limau purut ~ dicarik
Garam dan gula
1/2 kiub pati ayam
Minyak

Cara-cara:

1. Gaul ayam dgn garam dan serbuk kunyit. Goreng 1/2 masak, angkat dan ketepikan. (kalau tak nak goreng pun boleh, terus aje masukkan dalam kuali)

2. Tumis cili mesin hingga garing, masukkan serai. Goreng sekejap, masukkan bahan2 yg diblend.Goreng sehingga pecah minyak (jika tak pecah minyak masukkan 1/2 cawan air dan goreng hingga pecah minyak)

3. Masukkan santan, air dan asam keping. Masak hingga mendidih, masukkan ayam, daun limau, garam dan gula secukup rasa dan kiub pati ayam.

4. Masak hingga ayam masak dan kuah pekat mengikut citarasa masing2.

5 comments:

Amie said...

assalam,
kita ada tengok resepi ni dlm blog ct delima.....belum sempat buat, nampaknya ramai juga peminat ayam seri harm yea..

Mas said...

bestkan kak ayam ni....
anak2 mas suka sangat...

K.Nor said...

salam mieza, dah sampai rumah mieza ayam ni ya.. mekasih sudi cuba.. alhamdulillah.. tumpang happy bila org suka dgn rasanya tu..

dan mekasih jugak sudi try resipi2 k.nor yg lain :)

Mieza said...

@ Amie
ramai dah cuba resepi ni amie..tak rugi! Sedap gitu..mieza tunggu versi ASH amie pula :)

@ Mas
Nampak mas buat hari tu terus terliur nak buat juga..sedap mas..tak rugi mencuba kan?

Mieza said...

@ Kak Nor
mieza ni dah lama follow kak nor..cuma segan nak tegur sebab rasa diri ni kecik je bila banding dgn kak nor yg teror masak..suka semua resepi kak nor..terima kasih kak nor sudi kongsi resepi :)

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...