Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Thursday, June 30, 2011

Ayam Masak Merah



Semalam kan mieza belek-belek album lama dalam My Picture kat lappy ni, then terjumpa gambar Ayam Masak Merah ni yang sebenarnya dimasak tahun 2010 lagi..rupa-rupanya terlupa nak post resepi...sebelum terlupa lagi mieza nak post lah kat sini..

Sibuk benar mieza sejak akhir-akhir ni..bermula minggu depan student baru akan masuk, jadi sibuk lah dengan orientation week, then minggu depan juga biasiswa untuk sambung belajar phd keluar, jadi sibuk dengan nak buat proposal...tahun lepas dah cuba tapi tak dapat..jadi tahun ni mieza nak cuba sekali lagi..harap-harap ada rezeki nak sambung belajar lagi...cita-cita mieza ialah nak jadi role model kepada anak-anak...moga-moga anak-anak tak putus asa untuk belajar dan belajar selagi ada rezeki...jadi semalam sibuk dok download journal untuk buat proposal..tu yang tak sempat nak berblogging...jadi pagi ni mieza curi masa sikit kat opis untuk post resepi...resepi ni menjadi kegemaran mieza dan suami (masa tu boyfren la heheh) masa kami sesama belajar kat USA dulu..maklum la masa tu student, makan pun harap duit biasiswa je..jadi makan pun makanan yang paling murah dan halal...kekadang makan telur goreng je..sesekali bila biasiswa kuar baru beli ayam, ayam halal kat US nun mahal, ayam 'katok' murah la...jadi bila beli ayam, resepi ni la yang mieza masak...bila makan ayam masak merah ni, nostalgia hidup sebagai student di negera ompuith nun mula la menggamit jiwa...ngehhhhh


AYAM MASAK MERAH
Recipe : Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan: (untuk 4 orang)
1/2 ekor ayam - cut free form
3 sb sos cili
3 sb sos tomato
1 biji tomato - belah 8
Minyak masak - untuk menggoreng ayam dan untuk menumis
Garam gula secukupnya

Bahan kisar:
3 biji bawang putih
4 biji bawang merah
1 biji bawang besar
1 inci halia
5-6 biji lada kering

Bahan hias:
Daun bawang - potong kecil
Bawang goreng

Cara-cara:

1. Ayam di cuci dan digaul karam kunyit. Goreng ayam hingga masak, angkat dan ketepikan.

2. Dengan menggunakan kuali yang sama, tinggalkan sedikit saja minyak lebihan goreng ayam tadi untuk menumis. Tumiskan bahan kisar hingga garing dan pecah minyak.

3. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau seketika. Kemudian masukkan ayam goreng dan tomato buah. Gaul sebati. Rasakan garam gula. Easy on the salt sebab ayam dah pun diletak garam.

4. Angkat dan taburkan daun bawang dan bawang goreng.

5. Sesuai dimakan bersama nasi putih mahupun nasi tumis.

Selamat Mencuba

Kacang Buncis Scrambled Eggs



Satu lagi entry tertunggak...dah lama dok dalam folder WAWMC baru hari ni ada peluang nak post kat blog..maklum ler masih beroutstesen dan tak dapat masak..kalau tak update blog rasa sunyi pula blog ni...jadi godek-godek album dalam lappy ni terjumpa la gambar..terus post kat sini...nasib baik hari ni last day berkursus kat hotel ni...petang ni dah boleh balik..yahoooooo seronoknyaaaaaa!!!

Ini adalah sayur kegemaran suami..dia memang suka sayur yang digoreng dengan scramble eggs..kalau boleh semua sayur nak suruh digoreng macam ni...heheh..kali ni mieza pilih kacang buncis, kalau nak pakai kacang panjang atau kacang pea pun boleh...kekadang mieza goreng carrot pun wat macam ni gak...kadang-kadang combine kacang buncis dan carrot..atau jagung muda juga..suamikan kalau tak der sayur memang dia bising sebab katanya macam mana nak lawas buang air kalau tak makan sayur...tapi anak-anak cukup tak suka makan sayur...kalau sesapa ada petua nak bagi anak suka makan sayur boleh la share dengan mieza kat comment kat bawah tu ye..your ideas are very much welcomed!


KACANG BUNCIS SCRAMBLED EGGS
Recipe : Mieza @ WAWMC

Babahn-bahan:
1 paket kacang buncis - potong ikut suka, mieza potong sepanjang 1 inci
1/2 camt kunyit
Garam secukup rasa
2 ulas bawang putih - hiris
4 ulas bawang merah - hiris
1 biji cili merah - hiris
Minyak untuk menumis
1 biji telur ayam

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan merah hingga wangi.

2. Masukkan kacang, kunyit dan garam. Masak seketika hingga kacang empuk.

3. Pecahkan telur ke dalam kuali yang mengandungi kacang tadi dan dikacau cepat-cepat supaya telur menjadi scramble. Kacau rata.

4. Masukkan cili merah hiris dan digaul rata. Rasakan masin manis secukup rasa. Angkat dan hidang.

Wednesday, June 29, 2011

Sotong Tempura



Huwaaaaa rindunya dengan kat my kitchen..esok kursus abis, check-out at 1pm then dah janji dengan my fren tu nak gi sopping kat Alamanda jap, pastu terus nak balik nak jenguk dapur..apalah ye yang anak-anak kat umah tu makan 3 hari mamanya outstesen..makan kedai ke, ke papanya masak?

Kalau masak ni kat umah, sekejap je abis..kalau Wawa makan, dia akan makan tepungnya dulu, then baru dia makan sotongnya..kadang-kadang makan dengan nasi, tapi ada kalanya makan cicah sos cili je..buat snek minum petang..sedapnya kan?


SOTONG TEMPURA
Recipe: Mieza @ WAWMC

1 kg sotong - cuci, dan dipotong, toskan
1 cawan tepung ubi - kalau tak cukup leh tambah, sukatan is very subjective
2 camb rempah kari - mieza pakai kari daging
2 camt jintan manis - tumbuk sikit bagi dia pecah-pecah
1 biji telur - ambil putihnya
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1. Tepung ubi, rempah kari, garam dan jintan dicampur bersama. gaul-gaulkan biar rata. Jangan dibancuh tepung ini dengan air. Biarkan ia stay dalam keadaan bertepung begitu.

2. Gaulkan sotong dengan putih telur rata-rata.

3. Ambik sotong yang berlumuran telur dan digolek-golek ke dalam campuran tepung ubi dan digoreng di dalam minyak yang panas sehingga garing.


Bihun Goreng Telur Gulung



Selamat pagi semuaaaaa...dah bekfast? Pagi ni mieza nak tayang bihun goreng telur gulung..hehehe sebenarnya tak der lah special mana pun bihun ni..bihun goreng biasa je cuma mieza suka tabur telur gulung kat atasnya jadi nak suh bunyi komersial skit letak la nama sedemikian...bihun ni idak la digoreng pagi ni..pagi ni masih lagi outstesen di Bangi...



Kat umah ni memang ramai penggemar noodle, tak kiralah bihun ke, mee ke, spaghetti ke, janji noodle..Wawa lah yang paling minat..dia tu memang minat makan, different sungguh dari kakaknya yang makan memilih...tapi bila goreng bihun mesti selalu gaduh-gaduh dengan encik suami sebab dia suka bihun goreng basah, mieza pula suka bihun goreng kering kering...huhuhu kena lah buat 2 batch..tukang masak gak yang fenat!

Pagi ni layan gambar dulu ye..dah kul 715am..nak kena turun breakfast coz sat lagi kursus start at 830am...fasi kata sapa lambat kena buat belly dance..kang mieza belly dance kang semua orang ngigau seminggu lak ahakkksssss

Plis come back for the recipe ya! TQ!

Resumed @ 1.15pm
Alahaiiii baru boleh blogging balik..dah lunch ke semua tu? Nak cakap kan, ok juga makanan kat Residence Hotel Uniten ni..kenyangnya..burpppp! Banyak choice betul sampai mieza tak makan nasi..ehhhh nasi kat umah pun leh makan kan..kita makan yang susah nak makan kat umah..kekonon nak diet la kan tak makan nasi, tapi makan lauk dan benda benda lain tu kuantitinya laaaaagiiii banyak dari makan nasi..huhhhhh kelautttttttt dietku!

Ok, enough the talking, jom tengok resepi..


BIHUN GORENG TELUR GULUNG
Recipe: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:
1 bungkus bihun - direndam
1 ikat sawi - potong dan asingkan batang dan daun
Kicap manis dan masin secukup rasa
3 camb Sos tiram
3 camb sos cili
1 sk lada sulah

Bahan lauk:
1 cawan isi ayam - hiris nipis
10 ekor udang basah
1 paket fish ball - potong bulat

Bahan kisar:
3-4 biji bawang putih
5 biji bawang merah
1 biji bawang besar
5-6 tangkai cili kering

Bahan telur gulung:
3-4 biji telur
1/2 camt garam
Minyak untuk meleser pada kuali

Bahan hiasan:

Bawang goreng
6 biji limau kasturi - belah 2
2-3 biji tomato - hiris
Minyak untuk menumis
Hirisan cili api
Daun bawang dan daun sup
Cili merah dan cili hijau - hiris


Cara-cara:


1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga garing dan pecah minyak. Masukkan bahan lauk. Masukkan ayam dulu sebab ayam lambat empuk.

2. Bila ayam dah empuk masukkan udang, fish ball, dan batang sayur sawi. kacau seketika hingga bahan lauk masak dan batang sawi empuk.

4. Masukkan sos tiram, sos cili, dan kicap. Kacau rata. Kemudian masukkan bihun yang sudah direndam. Gaul hingga sebati. Rasakan masin dan manisnya.

5. Akhir sekali, masukkan sayur bahagian daun dan dikaup terbalik. Masak biar daun layu saja. Tutup api dan sedia untuk masak telur gulung.

6. Ambil pan tahan lekat (non-stick pan). Leserkan dengan sedikit minyak. Telur dipecahkan dan dipukul sedikit bersama garam. Sendukkan sesenduk adunan telur dan dadar nipis di dalam pan. Bila telur dah masak, angkat dan gulung, kemudian hiris nipis seperti dalam gambar.

7. Semasa menghidang bihun goreng, taburkan bahan hiasan dan juga telur gulung hiris.


Tuesday, June 28, 2011

Ikan Pekasam Goreng - Betul-betul membuka selera!



Sapa suka ikan pekasam angkat tangan!!!! Leh la kita geng..aku kan kalau makan nasi putih dengan ikan pekasam goreng kan, siap bertambah tambah makannya..dietku serta merta lari..tapi first all nak mintak maaf lah, gambar ni tak lawo sebab ikan pekasam ni dah lama skit, bila goreng dia melekat kat kuali dan hancur..kurang jelas rupa ikannya kakakaka..nanti bila ambik gambar baru nanti kita tukar ye gambar ni...walaupun gambar ikan ni dah tak nampak ghuper ikan, tetap gak tempek kat sini sebab teringat-ingat lagi makan lunch tengahari tadi..rindunya kat ikan pekasam ni lebih-lebih lagi bila outstesen jauh dari umah..walaupun kat hotel ni (Residence Hotel, Uniten, Bangi) makanan sedap-sedap semuanya, ikan pekasam ni gak yang menjadi pojaan hati ku! Ini ler menu aku bersahur pagi-pagi di bulan puasa..lauk lain tak ndaknya tekak ni nelan pagi-pagi...yang tradisional ni gak yang dicari...anak yang tengah tu ngikut aku sebijik..asal goreng je ikan pekasam, dia akan masuk dapur dan tarik nafas panjang-panjang sambil kata "mama goreng apa ni,,syedappppnyerrrrr"


IKAN PEKASAM GORENG

by Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan
2-3 ekor ikan pekasam - mahal juga ikan ni kan..selalu dijual RM5 utk 3 ekor yang kecik-kecik je..ye la ikan sepat @ anak talapia, besar mana la kan..
1 biji bawang besar - hiris
Hirisan lemon - boleh ganti dengan limau nipis atau limau kasturi
Beberapa biji cili api - potong serong
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

1. Goreng ikan pekasam hingga garing. Angkat dan ketepikan.

2. Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng bawang dan cili api hingga garing. Angkat dan taburkan ke atas ikan pekasam yang telah digoreng.

3. Perahkan jus lemon ke atas ikan sebelum menghidang.

Perggghhhhh sedap sungguh..tekak kampung eden ni!


Gulai Ikan Talang dengan Nenas - Utara punya style



Hiiiii dah lunch ke semua? Hari ni tak pergi kerja coz petang ni nak outstesen ke Bangi..jadi hari ni travelling day..bestnyer tak yah pergi kerja..hari ni pagi-pagi lagi lepas hubby ke opis dan anak-anak ke school aku pun pergi pasar, beli ikan talang coz memang dah berapa hari dah mengidam nak makan gulai ikan talang dengan nenas..nenas ni pun hasil songlap bakul hantaran pengantin dari penang last weekend..kalau tak masak hari ni risau pula takut nenas ni rosak..sebab kalau tak masak hari ni, hari khamis nanti la baru aku berdating dengan dapur idaman aku tu..

Hasilnya..emmmm sedapnya menu ala kampung hari ni..gulai ikan kering ni, ikan pekasam goreng dan ayam goreng kunyit je..tapi selera nya mak aihhhhh memang terbuka sungguh!



Ok lah..hari ni tak leh cakap banyak-banyak sebab beg pun tak isi pagi..laptop pun tak masuk bag lagi..jap lagi pukul 3 dah nak bertolak ke Bangi...huhuhuhu sedihnya nak berpisah dengan Baby Umar..belum pernah berpisah lagi dengan dia ni..mesti rindu giler tido malam ni tak peluk dia huhuhuhuhu


GULAI IKAN TALANG DENGAN NENAS
Recipe & Source: MIL

200 gm ikan talang masin - mieza akan ambil part tulang dan sedikit part yang ada isi. Yang tulang tu lagi sedap.
1/2 paket kecil rempah kari ikan kering - aku guna 'Cap O'
1/2 biji nenas madu - kupas kulit, buang matanya, dan dihiris nipis
2 ulas bawang merah - tumbuk lumat
5 ulas bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
3 camb minyak masak
Semangkuk santan pekat


Cara-Cara:

1. Ikan kering dipotong kecil, basuh dan ditoskan

2. Rempah kari dimasak dengan 1/2 cawan air hingga masak dan garing.

3. Bila rempah dah garing, masukkan santan, bawang tumbuk, ikan kering dan nenas. Kacau selalu, kalau tak nanti santan berketul.

4. Bila dah mendidih, rasakan masin manisnya. Selalunya gulai ini tak memerlukan garam kerana ikan masin memang dah masin, dan manis nenas madu tak memerlukan gula lagi. Jangan biarkan santan mendidih lama takut pecah minyak. Sekali mendidih je dah cukup. Boleh tutup api.

5. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang yang dimayang hingga garing dan baunya emmmmm harummmmm sangat. Bila dah garing masukkan bawang goreng ni, sekali dengan minyaknya ke dalam gulai ikan kering tadi. Ini dinamakan tumis darat. Wangi dan sedap sangat gulai ikan kering kalau tumis darat macam ni.


Monday, June 27, 2011

Mango Panna Cotta



Selamat petang semua..tengah minum teh ke tu? Baru balik kerja..fuhhhh fenatnya..tapi sempat gak buat mango panna cotta ni..balik kejap waktu lunch tadi terus masak layer bawahnya..balik petang ni baru puree kan mangganya..terus ngap, abis secawan..panas-panas macam hari ni, kena panna cotta sejukkkkk ni memang besh..mangganya hasil songlap dari dalam dulang hantaran kat umah pengantin kat Penang semalam..ada beberapa mangga, uncle kata "ambik je apa engko ndak" hmmmm pucuk dicita ulam mendatang la kan..jadi aku songlap mangga sebiji, nenas sebiji, rempeyek sepaket, baulu sebekas..penuh keta..itu ler untungnya jadi orang paling last balik..tuan umah kasi je apa yang nak sebab nak abiskan stok.hehhee makaceh ye pak lang n mak lang, u are the best!



Dulu dah buat lychee panna cotta, hasil skodeng dapur kak nor..ini pun skodeng dapur kak nor gak..mango panna cotta lak..tamau cakap banyak, fenat...jom tengok resepi..


MANGO PANNA COTTA
by Gert
Source: kak nor @ Secubit garam

Ingredient:

7 grm gelatin (1 packet) + 3 tbsp of water
2 ½ cups full cream milk
1/4 cup sugar
1 tsp vanilla
1 ripe mango – cut into small cubes or puree

1. Mix the gelatin and water together and set it aside to bloom.

2. Put the milk and sugar in a saucepan, cook over low medium heat until bubbles form around the edges of the saucepan.

3. Remove from heat and add in the vanilla and stir in the gelatin. Stir until the gelatin dissolved.

4. Pour the mixture into six ramekins or cups. At this stage you can add in some cut mango and refrigerate until set or you can serve it with some mango puree.


Sunday, June 26, 2011

Mayonaise Saucy Chicken



Uihhhhhh tak tahannnnnn betul tengok ramai kawan-kawan masak ayam ni...memula tengok Love masak..terus terpikat, dah skodeng dapur love, tengok semua bahan ada, tapi bila nak masak tetiba je husband request lauk lain, jadi reserve dulu resepi ni...selang sehari lepas tu nampak Kak Nor lak buat, keesokan harinya sebelum Mieza balik Penang Jumaat lepas nampak Mas pula yang buat..dah balik Penang 2 hari berkenduri kendara causin kawin memang tak sempat nak intai blog, bila balik Tanjong Malim hari nampak Dayang pula buat...jadi oleh sebab tak tahan godaan dek Mayonaise Saucy Chicken ni maka walaupun fenat baru balik dari kampung, tetap gak masuk dapur dan masak for dinner..dan hasilnya..taraaaaaaaa tak mengecewakan! My verdict is...Sedap! Mabeles! Mualllahhhhh! lemak lemak dan masam masam mayo, sweet and sour from sweet sour sauce, masin-masin manis dari sweet soy sos..emmmmm sedap sangat! I loiiikkeeeee!



Resepi ni mieza tambah la sikit..masa perap ayam tu mieza letak sedikit serbuk kunyit..sos nya pun mieza tumis bawang putih dan bawang merah dulu sebab suka dengan aroma bawang tumis, pastu mieza campakkan sekali tomato hiris dan hirisan daun bawang...mintak ampun love sebab dah improvised resepi asal mayo saucy chicken ni hehehe


MAYONNAISE SAUCY CHICKEN
Recipe: love2cook
Improvised recipe by: Mieza @ WAWMC


Ingredients :~

1 whole chicken ~ cut free form
2 eggs
1 tsp coarse blackpepper
salt
2 tbsp plain flour
1 tbsp cornflour
1 tsp tumeric powder - mieza tambah

for the sauce

3 tbsp chilli sauce
2 tbsp sweet & sour sauce ( may sub with tomato ketchup )
1 tbsp sweet soy sauce (optional)
4 tbsp mayonnaise

cooking oil to fry
1 tbsp olive oil for sauce
3 garlic - chopped - mieza tambah
4 onions - sliced - mieza tambah
Tomatoes - sliced - mieza tambah
Spring onion - cut 1 inch long - mieza tambah

Method :~

1. Clean chicken, pat dry with paper towel.

2. Beat eggs in a bowl. Mix in blackpepper, salt, flour and cornstarch.

3. Add chicken pieces in and rub thoroughly with the egg mixture. Marinate for 30 minutes.

4. Deep fry the chicken pieces until cooked. Drain on a paper towel.

5. Now make the sauce. Heat olive oil in a saucepan. Saute garlic and onions till golden. Add all sauces except for mayonnaise. Stir and add in the fried chicken pieces, mix. . Turn off the heat.

6. Add mayonnaise to the chicken, mix and coat well. Don't forget to add spring onion. Dish out immediately and ready to be served.

Jom Dinner



Friday, June 24, 2011

Daging Goreng Halia



Hari Jumaat yang ditunggu-tunggu sudah tiba..yahooo i love fridays..petang ni nak balik Penang umah pak cik..esok kenduri kawen my kazen..jadi ini entry terakhir untuk minggu ni...sepanjang wiken memang tamau masak..Sabtu makan lauk kenduri..Ahad nak makan-makan kat Penang..kita pekena Char Kuey Tiaw Pulau Pinang pulakkkkk...petang ni hubby kata tak yah masak..kita makan je kat luar on the way nak balik Penang..yeyyyyy

Oleh sebab hari ni hari Jumaat, lunch hour pun panjang boleh la update blog..semalam tetiba je streamyx kat umah kena potong gara-gara encik hasben lupa bayor..tak dapek la den nak bersiaran semalam..terpaksa bersiaran kat opis..sib baik hari ni tenet dah disambung balik..rindu nak intai kawan-kawan blogger masak apa..




Daging goreng halia ni masak 2 hari lepas untuk buka puasa..mieza dan suami memang suka dengan halia..teh halia tu memang minuman harian..boleh buang anginnn..jangan buang angin kuat-kuat dah laaaa..kang pengsan orang keliling..hahahaha

Jom kita tengok resepinya..

DAGING GORENG HALIA
Recipe: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:-

300 gm daging batang pinang
2 inci halia - mayang
3 biji bawang putih - kisar
5 biji bawang merah - kisar
1 biji bawang besar - hiris bulat
1 kiub daging
Sedikit cili padi - potong kecil
1/2 batang carrot - potong memanjang
2 camb sos tiram
2 camb kicap cair
1 biji tomato - potong 8
1 biji cili merah - hiris
1 biji cili hijau - hijau
1 inci kulit kayu manis
Sedikit daun bawang
Sedikit minyak untuk menumis


Bahan perap:
1 1/2 inci halia - kisar
1 camt serbuk lada sulah
Sedikit garam


Cara-caranya:

1. Potong, bersih dan perap daging dengan bahan perapan selama 1/2 jam.

2. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili api dan kulit kayu manis hingga wangi perang.

3. Masukkan daging yang telah diperap dan masak hingga daging empuk. Boleh tambah air jika perlu. Jika tambah air, masak hingga air kering.

4. Bila daging dah empuk, masukkan carrot, kiub daging, sos tiram, dan kicap cair. Kacau hingga sebati.

5. Masukkan pula bawang besar, cili merah dan hijau,buah tomato dan daun bawang. Kacau rata dan bawang besar layu. Rasakan masin dan manis. Angkat dan hidang.

Lompat Tikam - I wonder how it gets its name!



Semalam kan, hari ke 13 berpuasa ganti kan, teringiiinnnnnnnn sangat nak makan lompat tikam, a Kelantan's traditional dessert..dedulu masa sekolah kat KB selalu beli kat Pasar Siti Khadijah a.k.a pasar bulat (masa tu namanya Pasar Buluh Kubu), murah je harganya, sebungkus RM0.50..kalau sekarang mana lah nak dapat sebungkus pada harga tu ye? Tapi yang Pasar Siti Khadijah punya tu keras sikit tang badan hijaunya..kali ni buat badan hijaunya lembik-lembik macam bubur som-som gitu..sedapppppnya makan masa berbuka semalam..tak sangka pulak anak-anak suka kuih ni..



Kuih lompat tikam ni banyak version, tapi kalau di Kelantan mesti ada 4 benda: badannya kaler ijau, dadihnya warna putih, sirapnya warna perang gelap dan pulutnya warna merah. Tapi bila di Terengganu, according to a fren, tak der pulut merahnya, ada setengahnya gantikan pulut merah tu dengan sagu dan sebagainya...bila tanya mak resepinya, mak kata mana ada mak sukat-sukat, mak main agak-agak je...jadi untuk tampal resepi kat sini, mieza cilop resepi kak fida MyR..tapi ditambah pulut merah..


LOMPAT TIKAM
Recipe & Source: Mother & Kak Fida @ MYR, Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan ( 10-12 mangkuk kecil )

*Lapisan bawah :-
62 g tepung beras ( 8 sb )
660 ml air ( 2 1/2 cwn + 2 sb )- mieza letak 2 1/4 cawan je
62 ml air pandan ( 3 sb ) + 1/2 sk pewarna hijau - len kali nak tambah kaler ni sbb pucat skit kaler nya
1/2 sk garam
1 sk air kapur - mieza letak 1 sb


*Lapisan dadih :-
25 g tepung beras ( 3 sb )
600 g santan pekat ( 2 cwn + 5 sb )
1/2 sk garam - mieza letak 1 sk


*Sirap gula melaka :-
250 g gula melaka ( 1 cwn - yg telah dihiris halus) - mieza guna 2 keping saiz yang besar
500 ml air ( 2 cwn )
1 helai daun pandan - di simpul


*Pulut Merah:- Mieza tambah
1 cawan beras pulut
1 sk pewarna merah
1/2 sk garam
Sedikit santan cair - hingga menenggelami beras pulut


Cara-cara:-

1. Lapisan bawah/badan: Campurkan bahan-bahan lapisan bawah di dlm periuk,kacau rata dan masak hingga pekat dan berkilat.Matikan api. Tuang adunan ke dalam mangkuk-mangkuk kecil yg bertutup hingga 1/2 bahagian mangkuk.Ketepikan.

2. Lapisan dadih:- Masak pula lapisan dadih hingga pekat dan tuang keatas lapisan bawah tadi.Sejukkan pd suhu bilik.

3. Sirap:- Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak hingga gula hancur dan sirap pekat.

4. Pulut merah:- Pulut direndam dengan pewarna merah dan air selama 3-4 jam. Kemudian sejatkan pulut, masukkan pulut ke dalam loyang bersama garam dan santan cair dan dikukus hingga masak.

5. Cara menghidang:- Ambil pulut merah, letakkan di atas adunan badan dan dadih, dan disiram dengan sirap gula melaka. Jika suka makan sejuk,simpan kuih yg telah diisi air gula di dlm peti sejuk.


Thursday, June 23, 2011

Puding Tembikai



Huwaaaa sedapnya puding ni tatau nak cakap macam mana..banyak sungguh makan time berbuka posa semalam..1/4 loyang tu dibedal sorang-sorang..habis tu macam mana nak diet? Huhuhuu...bila disimpan dalam peti ais, sejukkkkk je puding ni lalu ikut anak tekak..

Sebenarnya puding ni dengan agar-agar roti yang ditayang sebelum ni tak jauh bezanya, cuma kali ni dilayerkan seperti rupa tembikai, jika dimasukkan esen tembikai rasanya mungkin lagi sedap..tapi oleh sebab tak ada esen tembikai, layan je la dengan esen vanila..mieza penah makan puding tembikai versi puding buih guna putih telur...tapi cara nak membuatnya macam rumit sikit, jadi belum lagi mencuba resepi yang itu..satu yang disukai tentang puding ini ialah colornya yang cantik itu..tapi yang tak best nya bila letak red coloring tu, ingatkan dah jadi merah tapi rerupanya jadi pink..maka pucat la sikit tembikai daku huhuhu..lepas tu, kat umah ni tak der la pulak cincau atau bijan hitam, jadi mieza guna je bijan biasa sebagai biji tembikai..tak kira guna apa sebagai bijinya puding ni memang sodap banget!



Dah ramai yang mencuba resepi ni..tu yang buat nak cuba juga tu..kebetulan ada roti lagi kat umah..antara yang dah cuba dan cantik giler depa punya layer tembikai ialah Izah, Kak nor (macam biasa kak nor punya memang cantik sesangat sampai aku jeles),Ika, dan Nieza..walaupun tak secantik kawan-kawan blogger yang lain, tetap gak nak tayang kat sini heheheh


PUDING TEMBIKAI
Sumber : [email protected]

Bahan-Bahan:(mieza guna loyang 7 inci)
1 pkt agar2 12gm
3 kpg roti (buang kulit)
4 1/2 cawan air
6 sudu besar gula
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1 sudu teh vanila
Pewarna merah/hijau


Cara-Cara:

1. Masak agar-agar bersama gula dan air hingga agar-agar dan gula hancur.

2. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis.Blend halus

3. Setelah agar-agar dan gula hancur, tapiskan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.

4. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai) (mieza guna 1 cawan dan lebih sedikit) .Biar keras sedikit.

5. Pastu sedikit lagi warna asal (mieza guna 1 cawan), curahkan di atas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit

6. Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi. Taburkan potongan cincau tadi sebagai biji tembikai. Biar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk.

Jom makan sama-sama!

Wednesday, June 22, 2011

Kerabu Mangga - The Thai Style



Itu hari sambal mempelam epal..ini hari kerabu mangga Thai style pulak..asyik tema buah mangga je dua tiga hari ni ye..bukan apa, itu hari jiran kasi pelam epal, semalam ofis mate pula kasi mangga muda..rezeki jangan ditolak..bala jangan dicari hehehe..kita maximize kan penggunaan mangga by turning it into kerabu..makan masa berbuka puasa tadi..ya Allah sedapnya, berselera sungguh makan! Hilang diet entah kemana..makan dengan nasi putih, dengan ditemani daging goreng halia, cencaru sumbat dan sup sayur..memang tak peduli dah dekat apa yang berlaku dalam umah ni melainkan kerabu mangga ni je yang dihadap!



Kalau ada mangga muda tu, meh la cuba resepi ni...resepi ni mieza dapat dari mak tersayang..tapi dah diubahsuai sana sini..ikut selera tekak ni...kerabu ni juga dikenali dengan nama kerabu siam..tak letak santan atau kelapa parut macam kerabu melayu biasa...dah makan dengan nasi, lepas tu bantai meratah kerabu pulak..jangan dibuat sakit perut udah la hahahaha


KERABU MANGGA THAI STYLE
Recipe & Source : Mother & Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:

1 biji mangga muda/putik - dikupas kulit dan diracik nipis
Segenggam udang kering - direndam dan ditumbuk kasar
2-3 camb sos ikan
6-7 biji cili api - potong kecil
2 biji bawang putih - cincang
1 biji bawang besar - hiris
Segenggam kacang tanah - dipanggang dan ditumbuk kasar
1 biji tomato buah - potong dadu
1 inci belacan - bakar dan tumbuk
3-4 biji limau kasturi - ambil jusnya
Sedikit daun ketumbar - dihiris
Beberapa tangkai daun kesum - dihiris
1 tangkai bunga kantan - hiris
Gula secukup rasa


Cara-caranya:

Gaul rata semua bahan dalam mangkuk. Rasakan masam, manis dan masinnya.

Senang kan? Selamat mencuba!


Asam Rebus Anak Terubuk



Dah lunch semua? Ke baru-baru nak masuk dapur tu? Bagi yang bekerja, tengah drive ke restoran pilihan ke tu? Apalah menu pilihan hari ni ye? Yang pasti mesti sedap...macam asam rebus ikan terubuk ni..walaupun banyak tulang tapi ia tetap menjadi pilihan semua ahli keluarga ni..kecuali untuk anak-anak tak digalakkan makan ikan ni sebab tulangnya alahai bersepaiiiiii..

Kalau dibulan puasa ikan terubuk bakar itu dah semestinya dibeli..bazar pulak depan umah je..kalau ke Sarawak terubuk masin mesti berekor-ekor belinya..walaupun bertulang banyak tapi lemak isinya memang sedap..

Asam rebus ni bukan di masak hari ni..cuma baru berkesempatan nak post dia kat sini..resepinya dapat dari my beloved mother..bila bawa balik umah ikan ni mak kata buat la asam rebus, mak nak hirup kuah..memang suka tengok mak makan banyak..cuma kesian mak terkial-kial pilih tulang masa nak makan tu sebab banyak sangat tulangnya...


ASAM REBUS IKAN TERUBUK

Recipe : My Mom

Bahan-bahan:


7-8 ekor anak ikan terubok (yang mieza punya ni saiz kecik je)
2 batang serai - ketuk
2-3 keping asam keping - depends on the size le
Air untuk kuah secukupnya
Daun kesum secukupnya
1 batang bunga kantan - belah 2
Garam gula secukupnya

Bahan hias:
- tanak letak pun tak per..tapi kalau letak lagi sedap
1 biji cili merah - belah 2 tapi jangan putus
1 biji cili hijau - juga dibelah 2 tapi jangan putus
2 biji tomato - belah 8
Bendi - sedikit je

Bahan giling: (mieza pakai blender je)
5 ulas bawang merah
1 biji bawang putih
2 biji cili merah
5 biji cili padi - nak pedas tambah lagi
Sedikit kunyit hidup


Cara-cara:

1. Cuci ikan terubuk (mieza bila beli memang suruh pak cik kat pasar tu cuci sesiap). kalau ikan tu besar, boleh dipotong 2.

2. Di dalam periuk, satukan bahan kisar dan semua bahan lain kecuali bahan hias dan daun kesum. Rebus di atas api sederhana hingga mendidih.

3. Bila dah mendidih masukkan bahan hias dan daun kesum dan masak hingga bendi empuk dan daun kesum layu. Rasakan garam gula.

4. Hidang dengan nasi putih. Kuah asam rebus ni sedap dihirup begitu saja...nyum nyummmmm

Tuesday, June 21, 2011

Kek Gula Hangus - a.k.a Kek Sarang Lebah



Selamat malam semua...tengah tengok TV ke tu? Ke tengah tengokkan anak-anak buat homework? Haaa while you are doing whatever you are doing..meh kita makan kek gula hangus ni..sedap you..buat siang tadi for tea..encik hasben tak nyempat kek ni sejuk dah suruh potong..nampak delicious katanya..sekali dia ngap! habis sebelah! i'm so very glad he liked it!



Ada kisah sebenarnya buat kek ni hari ni...last Saturday, kakak ipar from Keramat tu visit..dia bawa kek ni yang dia beli..pagi tadi Adnin minta nak bawa ke school dia skit..i said ok..tapi bila nak potong tu tengok tengok kek tu dah berkulat..apa lagi moncong la mulut anak sulung kesayangan ku itu..terpaksa la pujuk kata esok la bawa..biar mama buat petang nanti..



Hari ni pula keluar opis awal skit noon tadi..dalam kul 11 dah kuar sebab nak bawa Wawa jumpa doktor sebab dia sakit mata..siap jumpa doktor pun dah at 12 noon jadi terus balik umah..terus la bancuh batter untuk kek ni coz kek ni kena perap 3-4 jam before baking..jadi bancuh masa lunch...balik kerja kul 530 terus bake...



Ada kawan tanya asyik masak je ada masa ke nak kemas rumah...apa jawapan den? Emmmm sebenarnya my mom lives mith me..masa aku kat opis kerja, mak la yang tolong kemas umah, and when i'm cooking, mak la the one who looks after my baby...tu la boleh masak..kalau tak memang tak sempat..Terima kasih mak sebab sudi tinggal sesama..



Balik kepada kisah kek gula hangus ni..resepinya dicopy dari umah Ayu Singapore..dia ni memang teror betul buat kek..semua kek dia nampak best..tak tahu nak try mana satu...sedap dan cantik bersarang kek ni..

KEK GULA HANGUS
Source : Ayu @ Curlybabe's Satisfaction

Bahan untuk karamel:-
1 cawan gula - mieza guna 3/4 cawan saja
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega

Gula digoreng dengan api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas-kena berhati-hati sebab nanti dia meletop letop. Tutup api & cepat masukkan air panas tadi dan masukkan mentega kacau sampai mentega cair. Ketepikan.


Bahan untuk kek:-
4 biji telur
1 cawan susu pekat - mieza kurangkan skit
1 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh vanilla essence


Cara-cara:

1. Pukul telur sampai kembang & pekat. Masukkan susu pekat and mix lagi.

2. Tuangkan adunan kedalam blender dan tekan ON.

3. Masukkan tepung & soda bicarbonate yang telah diayak tadi dan esen vanila. Tekan On lagi. Last baru masukkan gula hangs tadi. Tekan On lagi.

4. Biarkan adunan dalam blender selama 3-4 jam(tertutup) untuk mendapatkan 'span' yang cantik.

5. Selepas diperap, masukkan adunan kedalam loyang yang telah digris dengan butter(Tanpa menggodak adunan tu). Gunakan loyang 5", kalau nak kek yang tinggi.

6. Tuang adunan terus kedalam loyang dalam oven. Bakar dengan suhu 160C selama 60 minit. (Mieza bakar selama 45 minit je untuk oven mieza) dengan menggunakan api bawah sahaja. Balance 20-30 terakhir, pakai api atas dan bawah. Keluarkan dari oven dan sejukkan dulu sebelum potong.

One slice for me



Dah kena ngappppp!

Ayam Seri Harum



Haaaaa Ayam Seri Harum dah sampai Tg Malim...ni kes terliur tengok Kak Nor Mas, Kak CT Delima, (ada lagi tak yg tak disebut?) maka aku pun nak juga menerai resepi ayam ni..ternyata memang harummmmm sangat..masak untuk berbuka puasa semalam..hari ni off puasa kes tak terjaga bangun sahur..lupa nak set alarm..



Resepinya aku kopipes dari dapur kak nor yang sentiasa menghidangkan masakan yang best-best tu..Selamat Mencuba!

AYAM SERI HARUM
Resipi & Source : [email protected]

Bahan:
3/4 ekor ayam ~ dipotong kecil
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit

2 sudu besar cili mesin
1 biji bawang besar *
3 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup* (* diblend)
2 batang serai ~ diketuk
1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
3 kpg asam keping
3 helai daun limau purut ~ dicarik
Garam dan gula
1/2 kiub pati ayam
Minyak

Cara-cara:

1. Gaul ayam dgn garam dan serbuk kunyit. Goreng 1/2 masak, angkat dan ketepikan. (kalau tak nak goreng pun boleh, terus aje masukkan dalam kuali)

2. Tumis cili mesin hingga garing, masukkan serai. Goreng sekejap, masukkan bahan2 yg diblend.Goreng sehingga pecah minyak (jika tak pecah minyak masukkan 1/2 cawan air dan goreng hingga pecah minyak)

3. Masukkan santan, air dan asam keping. Masak hingga mendidih, masukkan ayam, daun limau, garam dan gula secukup rasa dan kiub pati ayam.

4. Masak hingga ayam masak dan kuah pekat mengikut citarasa masing2.

Puding Karamel Lapis Coklat



Dessert untuk berbuka puasa petang semalam..puding karamel memang feveret aku sepanjang masa...sedap sangat sebab puding ni lembut-lembut dan jika dimakan sejuk-sejuk lagi la sedap..untuk resepi puding karamel biasa boleh tengok kat sini..



Ini first time buat karamel lapis coklat selepas dok tengok gambar yang ditayang oleh blogger masakan yang lain seperti Hana, Kak Nor, Kak Ummi etc...terpanggil untuk mencuba semalam untuk berbuka..memang sedap..pendek kata buat satu adunan tu memang tak cukup..anak-anak yang tak berapa suka (sebab rasa telur kata depa) pun semalam makan sampai licin sebab ada rasa cekelat...



Ready to go into your mouth..aku buat layer ni nipis-nipis sebab nak bagi dapat banyak layer..sekali tengok macam kek lapis lak :))



Jom tengok resepi...


PUDING KARAMEL LAPIS COKLAT

Source: Kak Ummi @ HSH

Bahan:-

(A)
1 tin susu cair
5 sudu bear gula
3 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila

(B)
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A
4 sudu besar serbuk koko/1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat

(C)
2 sudu bear gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas
atau boleh guna 2 sudu besar madu

Cara Membuat:-



1. Kacau bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan.

2. Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci.

3. Masukkan 1/2 cawan (**ikut ketebalan layer yang disukai) adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau hingga masak.

4. Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang seli hinga habis.

5. Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. Potong dan hidang.


Monday, June 20, 2011

Sambal Mempelam Epal - Memang ada Ummmmmphhhhhh!



Semasa sembang-sembang dengan kawan kat opis siang tadi, mula lah perbualan bertukar kepada topik masakan..jadi tanyala dia apa dia masak untuk sambutan father's day semalam..kawan ni tengah pregnant 4 bulan, jadi masih mabuk-mabuk..nak masak pun tak larat sebab tak leh bau masakan..sian dia..aku dah pun merasanya tahun lepas..memang tak larat..selalu suaminya yang masak..tapi si suami pula terseliuh buku lali tak leh berdiri lelama..jadi katanya dia masak simple-simple aje..katanya buat sambal pelam..fullamakkkkk lamanya tak makan..kebetulan jiran ada bagikan mempelam epal dalam 7-8 biji..jadi lah tu untuk berbuka puasa petang tadi..



Sampai je umah kul 530pm..terus pakai apron (baju kerja pun tak buka...masak dengan baju kurung gitu hahaha) terus kupas pelam..rebus ikan dan mula menumbuk...uhhhhh hasilnya memang mabeles! Berselera sungguh berbuka tadi..mak kata sedapnya sambal pelam ni.. ehheeheh selera kampung gitu petang tadi..ni kalau ada ulam petai celur lagi sedap nih..


SAMBAL MEMPELAM EPAL

Recipe & Source ; Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:
3 biji mempelam epal - pilih yang belum masak
1 ekor ikan kembung - direbus @ dibakar - aku rebus je sebab nak cepat
4-5 biji cili api - kalau nak pedas tambah lagi
3 camb kelapa parut putih
5 ulas bawang merah
1 inci belacan - dibakar
Garam gula secukupnya


Cara-caranya:

1. Cuci buah mempelam, kupas kulit dan diracik halus.

2. Di dalam lesung, tumbuk cili api, bawang dan belacan hingga lumat. Masukkan kelapa dan tumbuk lagi.

3. Asingkan isi ikan yang direbus dari tulangnya. Masukkan isi ke dalam lesung dan tumbuk lumat.

4, Akhir sekali masukkan buah mempelam yang diracik halus dan tumbuk sekadar pecah pecah saja. Rasakan garam gulanya.

5. Sedap dimakan bersama ulaman kegemaran..


Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...