Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Thursday, May 5, 2011

Tumis Darat Kari Udang Galah

Ada lagi lebihan udang galah yang beli kat pasar malam TM last weekend..hari tu dah masak udang galah dengan timun..hari ni masak kari lah pulak..tumis darat gitu..suami suka tu..kekadang dia cicah roti dengan kuah gulai ni..kalau letak nenas lagi sedap..tapi aku belum berani makan nenas lagi..hari ni baru 81 hari...belum sampai 100 hari melahirkan umar..sabor la banyak..jadi menu masakan aku terhad..terhad pada pantang post natal aku dan terhad pada sakit gastrik suami...tapi dengan kari udang galah ni kami tetap berselera!







TUMIS DARAT KARI UDANG GALAH
Resepi: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:
10 ekor udang galah - sederhana besar
3 ulas bawang putih - tumbuk
5 ulas bawang merah - tumbuk
1 paket rempah kari udang - aku guna brand Mak Siti
1 mangkuk santan sederhana pekat
Garam Gula
1 camb air asam jawa
1/2 cawan air

Bahan tumis darat:
3 ulas bawang putih - mayang
5 ulas bawang merah - mayang
2 tangkai daun kari
3 camb minyak masak


Cara-caranya:

1. Masukkan bawang putih dan bawang merah tumbuk, rempah kari dan air ke dalam periuk. Reneh hingga rempah kari masak dan garing. Kemudian masukkan air asam jawa.

2. Masukkan pula santan dan udang dan masak hingga mendidih. Hendaklah sentiasa dikacau supaya santan tidak berkepala.

3. Rasakan garam gula. Tutup api.

4. Sediakan bahan tumis darat. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumis darat hingga perang dan garing.

5. Tuangkam bahan tumis darat beserta minyaknya sekali ke dalam kari udang. Kacau sebati.

6. Sedia dimakan dengan nasi panas.

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...