Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Saturday, May 14, 2011

Nasi Halia




Ini sebenarnye menu lunch semalam, tapi semalam blogger problem tak dapek eden nak update. Ini kira entry tertunggak la ni. Aku cukup suka masak nasi ni sebab senang, sedap coz wangi dek halia goreng tabur kat atas nasi tu, ada khasiat membuang angin bagi orang-orang yang suka kembung ahakkksss.



Aku makan nasi halia dengan ayam madras. Untuk resepi ayam madras boleh tengok kat sini. Juga dimakan bersama dalca, acar dan air asam jika suka :)


NASI HALIA
Recipe & source: [email protected]

Bahan-bahan:

3 pot beras basmathi - basuh dan toskan
2 camb minyak sapi
1 kiub pati ayam knorr
Sedikit serbuk kunyit
4 pot air
2 helai daun pandan disimpul

Bahan kisar:
1 1/2 inci halia
3 biji bawang putih
1 biji bawang besar

Bahan tumis:
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
6 biji lada hitam

Bahan hiasan:
Bawang goreng
Halia dihiris halus kemudian digoreng garing
Gajus panggang


Cara-cara:

1. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan tumis hingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar. Tumis hingga garing.

2. Masukkan air, kiub ayam,serbuk kunyit, daun pandan. Biar hingga mendidih.

3. Masukkan beras dan garam. Tanak seperti memasak nasi biasa.

4. Bila nasi dah masak, taburkan bahan hiasan.



Selamat Mencuba!

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...