Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Thursday, May 5, 2011

Hati Masak Berempah

Rupa-rupanya ada sedikit hati lembu dalam freezer MIL kirim masa BIL balik kampung tu hari..ingatkan MIL cuma kirimkan ekornya..maklum lah baru semalam buka bungkusan yang dia kirim. Bila bungkusan tu sampai terus je masuk freezer bukannya nak jenguk dulu apa yang dia kirim..ampun bonda!

Jadi mulalah berfikir-fikir hati ni nak masak apa..hubby bukan makan organ dalaman ni...aku memang gemar la especially tang perut, limpa dan paru..uhhhh sedapnya cicah air asam..mak memang suka makan hati..jadi hati berempah ni special untuk my beloved mom :)











HATI MASAK BEREMPAH
Resepi: mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:

500 gm hati lembu - cuci dengan tepung gandum dan limau nipis
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 biji cili padi - ketuk
2 camb rempah kurma - jadikan pes
2 camb air asam jawa
1 inci kulit kayu manis
2 biji cili hijau - hiris
2 tangkai daun kari

Bahan kisar:
2 camt jintan manis
2 camt jintan putih
2 camt ketumbar
1 camt lada hitam
1 cm kunyit
1 inci halia
1 biji bawang besar
5 biji buah pelaga
3 batang serai


Cara-caranya:


1. Bersihkan hati. Hiris nipis dan ketepikan.

2. Panaskan minyak dalam kuali, Tumis kulit kayu manis, bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga wangi. Masukkan bahan kisar dan rempah kurma dan ditumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa.

3. Masukkan cili api dan juga hati. Kacau-kacau rata dan renehkan seketika. Jangan reneh lama sangat kerana hati akan jadi keras.

4. Rasakan garam gula.

5. Taburkan cili hiris semasa menghidang.

No comments:

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...