Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Thursday, May 12, 2011

Egg Paratha Roll

Hari ni masak semua simple simple aja sebab lepas lunch nak terus kuar ke klinik cucuk Umar 3 bulan..lepas cucuk malam kang mesti demam..selalunya begitulah..kalau demam nampak gayanya tak boleh la nak masak kencang-kencang..jadi pagi ni belek-belek dalam freezer ternampak paratha bawang ada lagi berbaki lagi 2 keping...ok la ni untuk aku, wawa dan mak bekpes pagi ni..

Resepi ni aku nampak kat dapur CMG lama dah..tak terfikir pun nak wat macam ni..selalu paratha kawan ni aku buat puff..tetiba pagi ni terasa nak mencuba..wawa suka..dia tu asal ada telur semua dia suka! CMG panggil Paratha Telur Gulung...aku inggeriskan nama tu jadi la Egg Paratha Roll..hehehehe bagi nampak mat saleh skit ahakkksss

Gulung kemas-kemas then potong...



Lepas potong..susun dalam piring and tayang!






EGG PARATHA ROLL
Recipe: CMG
Source: [email protected]

Bahan-bahan:

2 keping instant prata jenama "KAWAN"
2 biji telur
1 biji bawang besar, didadu
1/2 biji cili merah
1 camca besar susu mayonnaise
1 camt serbuk lada hitam (aku tambah)
1 camb parmesan cheese (aku tambah)
Sos kegemaran untuk dicicah



Cara-caranya:

1. Bancuh telur tadi bersama bawang, cili merah, lada hitam, cheese dan mayonnaise dan kacau hingga sebati. Ketepikan.

2. Panaskan non-stick pan dan sapu dengan sedikit minyak, masak roti prata tadi dengan api sederhana hingga kuning keemasan, angkat dan masak satu lagi. Kemudian, sapu sedikit minyak dan tuang 12 bancuhan telur. Biar sedikit kental. Kemudian letakkan roti prata tadi atasnya dan tekan sedikit biar melekat. Masak dengan api kecil.

3. Keluarkan dan gulung semasa prata masih suam. Buat kaedah sama untuk selebihnya. Potong dan hidangkan bersama cili sos atau dalca...aku cicah dengan thousand island, wawa pilih sos cili..

No comments:

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...