Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Monday, May 16, 2011

Devil's Food Chocolate Cake



Yeehaaa! Satu lagi devil's food arrived in Taman Wangsa..hari tu dah baked Red Velvet Cake..hari ni bake choc cake lak..ini kerana geram tengok Kak Nor dan Kak Ayu tayang kat blog masing-masing..cantik sangat kek kak nor..kek aku ni tak comel..susah sangat nak potong..tak kemas macam kak nor punya..tapi taste tetap mabeles!



Aku and family memang suka dengan coklat ni..jadi kalau ada je yang tayang kuih or cake yang berasaskan coklat ni mesti aku nak try gak..tak mau aku ketinggalan...sedap sangat kek ni..kasi Adnin bawa gi school kejap je abis katanya..Alhamdulillah semua orang suka..

Meh kita tengok resepinya..


DEVIL"S FOOD CHOCOLATE CAKE
Source: [email protected]'s Satisfaction & Kak Nor @ Secubit Garam

Bahan-bahan:-
1 cawan tepung
1/4 cawan serbuk koko
3/4 sk bicarbonate soda
1/4 sk garam
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan brown sugar
65 gm butter
1 biji telur gred A
1 sk esen vanilla
1/4 cawan buttermilk- (homemade - 1 cawan susu + 1 sb cuka, biarkan selama 20 minit. Guna hanya 1/4 cawan untuk resepi ini)
1/2 cawan air suam


Cara-caranya:

1. Panaskan oven pada 170'C dan sediakan tin pembakar.

2. Ayak tepung, serbuk koko, soda bicarbonate, dan garam. Ketepikan.

3. Pukul butter dengan gula hingga ringan dan kembang. Tambahkan telur.

4. Bila semua dah sebati, masukkan bahan ayak dan bahan basah (buttermilk + air suam) dalam 3 bahagian, kemudian masukkan vanilla.

5. Tuang dalam tin pembakar dan bakar selama 30 minit atau hingga masak


Cream Cheese Frosting
125 g Philadelphia cheese
63 gm butter
1/4 cawan gula icing
1/2 sk esen vanilla
Sedikit jus lemon

Pukul cheese dan butter hingga berkrim. Tambahkan gula icing, vanilla dan jus lemon.


Chocolate Ganache
100 ml double cream with at least 30% fat content-boleh guna whippping cream
125 gm dark chocolate- cincang
Sedikit garam

Dengan cara double boiling, panaskan krim hingga hampir mendidih. Tambahkan dark chocolate dan garam dan dikacau hingga coklat cair. Angkat dari dapur dan teruskan mengacau hingga elok sebati.

Bila kek sudah sejuk, tuangkan adunan cheese dan coklat ganache di atasnya.

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...