Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Saturday, May 14, 2011

Cinnamon Roll - The not-from-CINNABON ones



Alhamdulillah akhirnya siap juga Blogger ni update sistem depa tu ye..dari semalam kutunggu-tunggu nak update blog tak dapat..baru pagi ni dia sihat..jadi ada dua tiga entry masakan yang tertunggak la ni..salah satunya yang ini la..cinnamon roll that is..

Dulu-dulu masa aku dok US aku selalu makan ni kat downtown kat Cinnabon..pastu order mocha latte chill perggghhhh syedap tak hengat!



Masa buat rolls ni risau gak takut tak 'naik' sebab resepinya pakai tepung gandum biasa bukan tepung roti..tepung roti kat umah tak der stock la pulak tapi teringin sangat nak makan cinnamon rolls..aku bedal je la...resepinya aku combine 2 resepi yang aku jumpa kat MyR...tepung untuk doh pun aku alter sikit dari resepi asal..half pakai tepung gandum, another half pakai tepung hongkong. Nasib baik menjadi!



Puas hati dapat makan! Dah lama teringin!



Lain kali boleh buat lagi sebab boleh pakai tepung gandum dan tepung hongkong je...




CINNAMON ROLL
Recipe: [email protected] & [email protected]
Source : [email protected]


Bahan-bahan ( 12 biji )

Untuk doh:
3/4 cwn susu segar
1/4 cwn majerin, suhu bilik
3 1/4 cwn tepung serbaguna/gandum (aku guna 2 cawan tepung gandung dan 1 1/4 cawan tepung Hong Kong)
1/2 sudu kecil yis segera (Mauripan) - aku letak 1 camt
1/4 cwn gula halus
1/2 sudu kecil garam halus
1/4 cwn air
1 biji telur

Untuk filling:
1 cwn gula perang
1 sudu besar serbuk kulit kayu manis
1/4 cwn majerin, suhu bilik
1/2 cwn kismis (optional)


Untuk frosting:
50g cream cheese - suhu bilik
20g butter - suhu bilik
100g gula aising
secubit garam
beberapa titik vanila esen



Cara-cara:

1. Panaskan susu hingga sedikit mendidih, tutup api dan masukkan majerin. Kacau sebati. Biarkan sejuk.

2. Dalam mangkuk besar, satukan 2 1/4 cwn tepung, yis, gula & garam. Kacau sebati.

3. Tambahkan pula air, telur & campuran susu; pukul rata. Masukkan baki tepung, 1/2 cwn demi 1/2 cwn, kacau sebati.

4. Bulatkan doh. Taburkan sedikit tepung di bawah doh & di atas doh. Uli selama 5 minit, atau hingga doh kelihatan licin. Tabur sedikit tepung jika doh sgt melekit. (Aku guna mixer electrik).

5. Tutup doh dgn kain lembab selama 10 minit. Sementara itu, campurkan bahan-bahan bertanda filling. Gaul rata.

6. Leperkan doh jadi bentuk segiempat, anggaran 12 inci x 9 inci. Sapu rata campuran kulit kayu manis tadi dan taburkan kismis.

7. Gulung doh, cubit-cubit tepinya supaya kemas melekat. Potong kpd 12 bahagian. Susun dlm acuan yg telah disapu sedikit majerin, jarakkan sedikit. Tutup keratan doh dgn kain lembab semula, selama 30 minit.

8. Panaskan oven dgn suhu 190 darjah celcius. Bakar cinnamon rolls selama 20 minit atau hingga keperangan.

9. Sementara itu sediakan aisingnya. Masukkan semua bahan-bahan untuk aising ke dalam mangkuk. Pukul sehingga jadi bentuk krim.

10. Bila roti dan masak( ketika masih panas), letaklah aising 1-1/2 sudu besar ke atas setiap roti. Jangan letak terlampau banyak aising. Aising yg banyak boleh menghilangkan kesedapan rasa roti. Hidangkan suam-suam.

No comments:

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...