Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Tuesday, May 17, 2011

Caramel Bread Pudding



Yuhuuuuu dessert untuk iftar yesterday..kena la pulun posa ganti maklum la tahun lepas banyak tinggal sebab alahan mengandung yang teruk..bila masuk je opis pagi-pagi lagi dah mula fikir nak masak apa untuk berbuka, bos lak cuti semalam, anak buah mula la surf internet cari resepi dessert yang teringin nak makan..eh biasa la tu, bila kucing tak ada tikus mula berkeliaran ahakkkss



Mula-mula nampak kak nor secubit garam wat puding ni, then nampak pula kak ct delima lak yang buat, mmmm nampak gayanya aku pun kena la try gak..



Senang dan cepat sangat nak buat puding ni..semua masuk dalam blender dan blend hancur..pastu kukus je..dan hasilnya memang sedap! Ada kawan tanya dalam fb cepatnya aku masak, balik kerja dah kul 530pm pun sempat wat macam-macam untuk berbuka...apa rahsia aku?



Sebenarnya tak der rahsia apa-apa pun, cuma aku amalkan solat asar siap-siap kat ofis bila masuk waktu, jadi jam 5pm terus punch dan ambik anak kat umah babysitter, sampai umah kul 530pm, and then aku mintak tolong suami dan anak tolong yang mereka mampu ie kupas bawang, potong sayur, tolong tumis, cuci pinggan etc..insyaAllah by 730pm terus boleh berbuka..ngam ngam je siap...kekadang bila azan aku cuma makan kuih dan air dulu, then mandi dan solat maghrib, pastu baru makan sesama..:)

Ok, enough the talking, let us look at the recipe, aku c and p dari dapaut kak ct


CARAMEL BREAD PUDDING
Source : Ct Delima @ DDCT

Bahan-bahan:
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair + 1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
1 sk Esen vanilla


Cara-cara:


1. Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jadi perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
***aku lebihkan airnya sebab aku suka caramel cair yang banyak, then aku tak pakai loyang, tapi aku pakai acuan kecil-kecil bentuk shell, bentuk apa pun tak per, senang nak hidang, tak payah potong****

2. Panaskan pengukus. Carik-carikkan roti kemudian blend bersama air suam dan susu dengan menggunakan blender.

3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang (atau acuan kecil) gula hangus dan kukus sehingga masak. (40min-1jam).
****aku kukus 15-20 minit je sebab acuan kecil-kecil)***


Selamat Mencuba!

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...