Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Sunday, May 15, 2011

Black Pepper Lala



Masak ni untuk lunch semalam..tak sempat nak update semalam..busy yang amat..huhuhu esok dah kena masuk kerja after 3-month maternity leave..rasa malas sangat nak pegi kerja tomorrow..rasa nak dok kat umah dan masak je..jadi hari ni busy lah sikit..fenat! kemas bilik yang dah berabuk sampai tak tengok lappy pun..



Ok meh kita story pasal lala..antara seafood kegemaran ialah all kinds of kupang..dari yang kecil hingga lah kepada yang besar..dulu-dulu murah je lala ni..RM5 je sekilo..semalam beli RM10 sekilo..my goodness, double the price..tapi sebab terliur punya pasal belilah juga dalam 700 gram..cukup untuk sekali makan je..




BLACK PEPPER LALA
Recipe : [email protected]

Bahan-bahan:

1 kg lala - bersihkan
sedikit cili padi - ketuk
2 batang serai - ketuk
3 camb sos lada hitam
2 camb sos tiram
2 biji tomato - belah 4
1/2 cawan air
1 camb air asam jawa
1 camt lada hitam - tumbuk kasar
Daun bawang - dipotong sepanjang 2 cm

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci halia,


Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar dan lada hitam yang ditumbuk kasar hingga garing dan wangi. Masukkan serai, sos lada hitam, sos tiram, cili padi dan air. Didihkan.

2. Masukkan lala dan dikacau hingga lala masak. Tambahkan tomato, air asam jawa dan garam gula. Kacau sebati.

3. Masukkan daun bawang. Angkat dan hidang.

2 comments:

CT Delima said...

Assalamulaikum Mieza

Salam kenal dan balas kunjung kembali. Terima kasih sudi meninggalkan jejak ke DDCT.

Kak ct suka juga dengan kaum kerabat lala ni. tak kira lah dimasak apa pun memang suka. Kalau dulu2 biasa duk kat Setulang laut area JB. dah puas makan kupang segala. Tapi sekarang ni nak beli memang mahal, jadi sekali sekala jer baru masak.Itu pun bila dah teringin sangat nak makan baru beli :DD

Mieza said...

Terima kasih kak ct sudi jenguk blog miza..hari ni miza nak try puding roti karamel yg kak ct br post tu :)

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...