Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Saturday, May 14, 2011

Ayam Madras

Itu hari ayam kashmir, hari ni ayam madras lak..minggu ni minggu bollywood heheheh..nak buat macam mana bos kat umah ni keturunan mamak ahakkss



Resepi ayam madras ni aku nampak kat dapur kak nor secubit garam tetiba je hari ni teringin nak makan nasi halia. Tapi nak buat lauk apa ye..nak buat ayam masak merah dah selalu sangat, ayam kashmir baru je buat..last-last pilih ayam madras la untuk makan dengan nasi halia..tapi aku ni suka improvised..jadi aku tambah la serba sedikit seperti kerisik (kes kat umah banyak kerisik la ni) dan tomato sup..



Apa-apa pun ayam madras memang syedap!





AYAM MADRAS
Source : Kak Nor@ Secubit Garam & [email protected]

Bahan-bahan :

8 ketul ayam - aku gaul dengan sedikit garam kunyit dan aku goreng 1/2 masak. (kes hubby tak makan kalau ayam tak goreng)
100 gm ubi kentang (dipotong wedges)
10 gm bawang putih (dihiris halus) ~ lebih kurang 3 ulas
20 gm bawang merah (dihiris halus) ~ lebih kurang 2 biji
15 gm halia (dihiris) ~ lebih kurang 1 inci
4 sb minyak sapi
1 helai daun pandan (disimpul)
5 sb rempah kari daging
1 sk serbuk jintan putih
1 sk serbuk jintan manis
1 biji jus limau nipis
4 biji buah keras (rendam dan kisar)
1 cawan yogurt - aku pakai tairu
1 cawan air
1 cawan susu cair
1 sk serbuk pati ayam
1 tangkai daun kari
1 sb kerisik - aku tambah
1 cawan tpmato sup - aku tambah
Garam dan gula secukup rasa

Bahan tumis : 2 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga & 2 cm kulit kayu manis


Cara-cara :

1. Bancuh serbuk kari daging, jintan manis dan jintan putih dgn secawan air. Ketepikan.

2. Panaskan minyak sapi, tumis bahan rempah, bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari hingga naik bau.

3. Masukkan pes kari. Tumis hingga pecah minyak. Kemudian masukkan kerisik.

4. Masukkan ayam, daun pandan, ubi kentang, pati ayam lalu dikacau selama 4 minit. Tuangkan sedikit air, buah keras, tomato sup dan susu cair. Masak hingga ubi kentang empuk.

5. Masukkan yogurt, air limau nipis dan perasakan dgn garam dan gula.

No comments:

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...