Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Tuesday, May 17, 2011

Asam Pedas Ikan Tuka



Menu lunch 2 hari lepas sebenarnya ni tapi baru teringat nak upload hari ni..banyak sangat entry tertunggak..banyak betul kerja nak buat sampai tak buat apa-apa hehehe..



Ada kawan fb tanya ikan tuka ni apa..ekceli ikan tuka ni ialah anak ikan pari @ ikan pari yang kecil..dan tip nak belinya kena pilih yang berbintik sebab yang berbintik ni lagi sedap, isinya lemak..kalau yang plain je isinya kurang enak ewahhh..




Plan asal nak bakar tapi pada masa yang sama dah beli ikan sebelah dan hubby kata dia nak bakar..jadi ikan tuka ni aku tukar menu kepada asam pedas,,ikan sebelah bakar tak sempat nak snap picture terus abis (kes terlupa nak siap sedia dengan camera)

Ok, meh kita tengok resepi asam pedas ni..


ASAM PEDAS IKAN TUKA
Recipe and source: [email protected]

Bahan-bahan:
1 ekor ikan tuka - cuci dibelah 4-6 bergantung pada saiz
2 biji tomato buah
2 kuntum bunga kantan (dibelah 2)
Beberapa tangkai daun kesum
2 batang serai - ketuk
6-7 biji bendi
1 camt halba campur
Sedikit air asam jawa
2 keping asam keping
Garam
Minyak utk menumis

Bahan kisar:
2-3 tangkai cili kering
2 biji cili merah
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 cm halia
1 cm kunyit
Belacan - sebesar ibu jari



Cara- caranya :

1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan halba campur dan kemudian dimasukkan bahab-bahan yang telah dikisar dan serai. Tumis hingga pecah minyak.

2. Tambah air asam jawa dan air untuk kuah. Didihkan.

3. Masukkan ikan dan asam keping, biar sampai ikan masak. Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, kacang bendi, tomato dan garam gula. Rasakan manis masin dan masamnya.

4. Siap untuk di hidang dengan nasi putih. Sedappnyerrrr...

No comments:

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...