Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Tuesday, May 10, 2011

Agar-Agar Karamel

Dah 4 hari Tg Malim diserang panas terik...pasang econ 16 degree pun rasa macam dok bawah kipas biasa je..tak berselimut pun..baru subuh pagi tadi hujan turun dengan lebatnya..uhhhhhh beshhhh nyer tarik selimut and peluk baby Umar..malas je rasa nak buka mata Adnin nak pergi school..tapi sejuk tang pagi je..masuk je kul 11 pagi dah mula panas balik..jadi sambil masak lunch aku masak la agar-agar...memula ingat nak buat dadih susu tepung, tapi coffeemate tak ada la pulak..last-last sekali buat je agar-agar karamel...agar-agar serbuk pun cuma ada sepaket je lagi dalam pantry..before that nampak Kak nor buat agar-agar ni and tayang kat blog dia..sedap je kalau disudukan sejuk-sejuk..








AGAR-AGAR KARAMEL
sumber : CMG & [email protected]

Bahan-bahannya:
10 gm agar-agar serbuk
720 ml air
300 ml susu cair
6 camb gula halus
1 camb tepung kastard
1 camt esen vanilla
3/4 cawan gula pasir *
5 camb air*(*untuk karamel)



Cara-caranya:

1. Masak gula dengan api sederhana hingga cair, kacau perlahan-lahan hingga gula bertukar menjadi kuning keemasan dan kelihatan berbuih. Dengan berhati-hati tuang air dan kacau hingga sebati. Masak sekejap lagi hingga pekat. Angkat dan tuang dalam bekas untuk membekukan agar-agar.

2. Satukan susu cair dengan tepung kastard, kacau rata dan tapis. Satukan gula, air dan serbuk agar-agar, kacau rata dan jerang atas api dan kacau hingga semua larut dan mendidih. Perlahankan api dan masukkan bancuhan susu+kastard, kacau rata.

3. Masak hingga bancuhan kelihatan sedikit pekat (bila angkat seduk, bancuhan jatuh bertali), matikan api dan tuang dalam bekas yang berisi karamel tadi. Biarkan suam dan simpan dalam peti sejuk 2 - 3 jam. Keluarkan agar-agar dan isi dalam piring, hidangkan dingin...

No comments:

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...