Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Tuesday, April 12, 2011

Sardine Puff - Variety use of roti canai

Hari ni aku masak puff sardin pakai roti canai..last weekend ye ye lah pegi Tesco nak beli puff pastry, tapi dah abis..last resort sebab nak gak makan puff sardin, aku bedal roti canai segera brand kawan..tapi aku guna roti canai bawang...kalau nak pakai roti canai plain pun boleh..puff pastry ni kalau kita cari asek abissss je..kalau tak cari berlambak lak dia...hmmmmm

The ingredients...susu segar, telur, sardin cap ayam tau..mahal ler skit, bawang besar, cili merah, mayonis and black pepper




Dan jangan lupa roti canainya...kang ada inti ajer..pastry tak der kakakaka...Aku guna Roti Paratha Bawang brand Kawan...nak guna yang plain pun tak pe..cuma sebab aku cuma ada yang ni dalam fridge




Ready to go inside the oven



View from outside the oven



Dah masakkkkkkk!





View kat dalam puff...inti sardin..





SARDINE PUFF
(Yield 10 puffs)

Bahan-bahan:

1 paket roti canai segera
1 tin sardin
1 biji bawang besar - dice
1 biji cili merah - dice
3 camb mayonis
1 camt serbuk lada hitam
1 camb susu
Mentega untuk grease
1 biji telur


Cara-caranya:


1. Tuang sardin ke dalam mangkuk. Buang sikit kuah tomato nya. Lenyekkan.

2. Gaul sardin bersama mayonis, bawang cincang, lada merah cincang, dan serbuk lada hitam.

3. Ambil sekeping roti canai. Potong 2. Letakkan sesudu inti sardin di atasnya dan dilipat seperti dalam gambar. Tekan sikit hujungnya supaya tak keluar inti bila membakar nanti. Kelarkan permukaan roti canai.

4. Campurkan telur dan susu. Pukul sebati. Sapukan bancuhan telur ke atas puff.

5. Leserkan dulang pembakar dengan mentega. Susun puff di atasnya. Sapukan telur ke atas puff dan dibakar 180'C selama 15 minit atau sehingga kuning keemasan.

6. Angkat puff dan sapukan mentega ke atasnya supaya kelihatan lembap.

Sedap sangat untuk makan masa minum petang...makan kat balkoni kalau umah ada balkoni..

No comments:

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...