Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Friday, April 22, 2011

Kuih Talam Gula Merah

Aku ni teringin sangat nak makan talam ubi..tapi belum lagi sampai 100 hari lepas bersalin (hari ni baru 68 hari) belum la pulak berani nak makan..bukan apa ubi kayu tu angin..risau kang kembung mak dengan anaknya sekali..pastu nampak sagu ada dalam pantry, baru cecadang nak buat sagu gula melaka...tapi mak kata sagu tu sejuk..takut turun darah..ehhhh jangan main-main, ada kawan mak mentua minum air teh je hari ke 60++ turun darah sampai meninggal...masyaAllah takut bila dengar kan? Jadi sabor la dulu yang dilarang dek orang tua ni...jadi mak kata kalau nak makan sangat buat je kuih talam biasa...aku tau la kuih talam ni pakai tepung beras tapi aku tatau tang sukatan..maka aku godek-godek la tenet cari resepi terjumpa la resepi dari hazliza hatta (nama pun hampir sama dengan nama aku) kat my resepi...bila baca komen ramai yang kata resepi dia menjadi jadi aku cuba la...alhamdulillah menjadi sungguh...sedang elok je...jadi kalau ikut betul-betul resepi insyaAllah tak mengecewakan...mak dan anak2 memang suka sangat...terpaksa pujuk simpan kat papanya sikit untuk papa makan bila balik kerja nanti...kalau tak mau abis depa ngap! Terima kasih untuk resepi ni hazliza!


Potongan tak berapa cantik...tapi rasa syedap sangat...wawa kat "dap nya mama"!




Ignore potongan yang smudgy tu ye..aku yang tak pandai potong ahakkksss



Jadi ini resepi dari My Resepi yang aku olah balik dalam ayat aku..


KUIH TALAM GULA MERAH

Bahan A:

3 camb penuh tepung gandum + tepung beras - jadikan 1 cawan
150 gm gula merah
2 1/2 camb gula pasir
2 cawan air
2 helai daun pandan - simpulkan
Secalit kapur - jangna banyak sangat takut tepung keras nanti
Beberapa pewarna coklat - aku tambah sendiri sebab kaler gula merah aku kurang memberangsangkan


Bahan B:
1/3 cawan tepung beras
1 1/2 cawan santan
Garam secukup rasa


Cara-caranya:

1. Bahagian bawah: Gula merah, gula pasir, kapur, pewarna (tanak letak pewarna pun tak per) dan daun pandan dididih di dalam air hingga gula larut. Sejukkan dan tapis. Masukkan air gula ke dalam tepung dan dibancuh hingga sebati. Didihkan air di dalam pengukus. Ambil loyang, leserkan minyak pada loyang dan ditapis bancuhan bahan A ke dalam loyang dan dikukus selama 30 minit atau hingga masak. Bila dah masak angkat dan lorek-lorekkan dengan garfu supaya bahan B melekat diatasnya nanti. Jika air dalam pengukus dah habis, tambahkan lagi airnya.

2. Bahagian atas: Campurkan semua bahan B dan dibancuh hingga sebati. Rasakan garamnya sebab kalau kurang masinnya nanti tak syedap kuih talam ni. Tapiskan bancuhan bahan B ke atas bancuhan tepung yang dah masak. Kukus lagi selama 30 minit. Semasa mengukus lapikkan penutup dengan kain kasa agar air yang meruap ke penutup pengukus tidak jatuh kembali ke dalam kuih. Nanti kuih tak cantik.

3. Bila dah masak biarkan betul-betul sejuk sebelum dipotong. Hidangkan semasa minum petang :)


Selamat Mencuba!

2 comments:

fa10 said...

ooo sedak ni kak ja! nok buat malas!!!!

Mieza said...

Fa10 bilo nak balik mesia ni? Kalu balik akak boleh buatkan utk fa10..dgn syarat keno mai umah akak :)

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...