Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Thursday, April 14, 2011

Kuih Lompang - Bukan kuih LEMPANG

Bila anak-anak demam, mama lah yang paling huru hara..lebih-lebih lagi bila my second gal wawa asek muntah-muntah..every single food/drink yang masuk mulut semua keluar balik..mulalah mama memikir-mikir nak masak apa untuk wawa makan..kasi 'kejap' sikit perut kata orang tua-tua..

Tetiba terfikir nak buat kuih lompang..coz kuih ni pakai tepung beras..moga-moga wawa akan lebih bertenaga lepas makan kuih ni..hari ni wawa nampak ceria sikit..dia lah yang jadi tukang letak kelapa kat atas kuih tu..


Bila mengukus make sure letak kain kasa kat penutup macam ni. Tapi aku tak ada kain kasa maka aku guna towel kecik...tapi guna towel susah nak tutup pengukus sebab towel ni tebal..tujuannya supaya wap kukus yang naik ke atas tak menitik ke dalam kuih..



Dah siap untuk dimakan...




Close up..and personal....




Hari ni aku cuma buat separuh adunan...dapat 30 biji lompang..


KUIH LOMPANG

Bahan-bahannya:


300 gm tepung beras
100gm gula merah
180gm gula pasir
4 1/4 cawan air
1 cawan air
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh kapur makan
1 sudu besar tepung jagung
kelapa putih + garam


Cara-caranya:

1. Panaskan kukusan dan biar hingga air mendidih.

2. Gula merah dan gula pasir dimasak dengan 4 1/4 cawan air hingga mendidih dan gula larut. Sejukkan dan tapis.

3. Campurkan tepung jagung dan tepung beras. Satukan 1 cawan air yang dicampur dengan garam dan kapur makan. Tapiskan ke dalam tepung. Gaul sebati.

4. Campurkan adunan tepung dengan air gula yang dimasak tadi. Gaul sebati dan tapis.

5. Panaskan acuan mangkuk untuk kuih lompang di dalam kukusan. Oles dengan sedikit minyak. Tuangkan adunan anggaran 3/4 tinggi acuan agar tidak melimpah.

6. Kukus selama 15-20 minit atau sehingga masak dengan api sederhana. Apabila masak, keluarkan dari mangkuk dan hidangkan bersama kelapa parut.

No comments:

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...