Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Sunday, April 3, 2011

Kuih Cara Berlauk


KUIH CARA BERLAUK


Bahan untuk adunan kuih cara:
2 cawan tepung
3 cawan santan
1 biji telur
Secubit garam
Sedikit serbuk kunyit atau Pewarna kuning

Bahan untuk lauk:
2 cawan daging kisar
3 camb rempah kari
2 camb rempah kurma
1 biji bawang besar - potong dadu
3 ulas bawang putih - cincang
2 inci halia - cincang
1/2 camt serbuk lada hitam
2 tangkai daun kari
Daun bawang - hiris halus
Cili merah hiris - jika suka
Garam gula secukup rasa



Cara menyediakan bater:


Masukkan kesemua bahan ke dalam blender dan dikisar sebati.



Cara menyediakan lauk:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang besar, bawang putih, dan halia hingga garing.

2. Masukkan pes rempah kari dan pes rempah kurma dan ditumis lagi hingga kering dan garing.

3. Masukkan daging kisar dan dimasak hingga daging empuk dan masak. Rasakan garam gula. Letakkan serbuk lada hitam dan daun bawang serta cili potong dan dikacau sebati. Saya tak letak cili hiris sebab anak-anak tak suka cili.

4. Angkat dan ketepikan.



Cara membuat kuih cara:

1. Panaskan acuan kuih cara di atas dapur dengan menggunakan api yang paling kecil. Leserkan minyak pada acuan dengan menggunakan daun pandan.

2. Tuangkan bater ke dalam acuan 3/4 penuh dan diletakkan inti lauk. Tutup acuan dan dibakar selama lebih kurang 5 minit.

3. Ulang hingga adunan bater habis. Sesuai untuk hidangan minum petang.

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...