Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Tuesday, April 19, 2011

Apple Tart

Memandang kan hari tu aku dah buat shell untuk tart ni siap-siap, maka aku rajinkanla diri buat fillingnya hari ni. Kalau nak buat tart ni aku akan spend satu hari untuk buat shell dia aje..maklumla acuan shell tu tak banyak, ada 10 jer setiap saiz...ada pun 2 saiz je..masa fikir-fikir nak buat filling tu ada la 2-3 idea datang, nak buat blueberry or fruit or egg filling..tapi tu semua encik hasben tak suka..rasa sian lak kalau buat tart tapi dia tak makan..last-last dia minta buat tart epal..kebetulan ada lak epal hijau segar kat pasar, 60 sen sebiji..emmm ok lah..en hasben pun rajin nolong sebab dia suka epal filling...dah lama dia mintak buatkan epal pie..nantilah projek pie ye...balik umah en hasben la yang kupas dan dice kan epal..sambil masak lunch satu dapur aku masak le filling epal ni...tu yang terus buat tart epal petang nya..encik hasben suka la :))


Acuan tart yang aku guna...ada 2 saiz



Yahooo tart dah masak...






Rupa paras kat dalam tart...





APPLE TART

Bahan-bahan:

Tart shell secukupnya - Hari tu aku dah postkan resepi nak buat shell, untuk buat shell tengok resepi di sini

Bahan untuk filling epal:

6 biji epal hijau - dadukan
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula pasir
1 camb serbuk kulit kayu manis
Air secukupnya
1 camb tepung jagung - bancuh dengan sedikit air.


Cara-cara menyediakan filling:


1. Satukan semua bahan dalam periuk. Masukkan air hingga sama paras dengan epal yang telah didadukan.

2. Masak di atas api hingga epal lembut. Kacau-kacau sentiasa hingga warna bertukar menjadi keperangan dan pekat.

3. Masukkan air bancuhan tepung jagung untuk memekatkan filling. Kalau dah cukup pekat tak nak masukkan tepung jagung pun tak ape. Tapi aku masukkan juga agar dia pekat.


Cara-cara menyediakan tart:


1. Ambil tart shell. Isikan filling di dalamnya. Jangan terlalu penuh.

2. Susun dalam dulang pembakar. Bakar selama 5 minit pada 160'C. Angkat dan sejukkan sebelum dihidang.

3. Sedap dimakan semasa minum petang sambil tengok drama kat Astro heheheh



SELAMAT MENCUBA

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...