Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Monday, March 28, 2011

Soto Ayam - The Postnatal Style


Ni Soto Ayam untuk orang dalam pantang. Rasanya dah bosan makan nasi dengan ikan bakar or other menus for mothers in confinement period. Kali ni rasa nak makan soto ayam. Lagipun teringat saki baki ketupat mini nona lebih raya haji ada lagi. Bersesuaian dengan orang dalam pantang maka I skip kacang goreng, taugeh dan su'un. Ada setengah resepi diletakkan santan cair ke dalam kuah soto. Tapi hari ni I tak letak santan. Bergedil pun tak buat sebab tak sempat dengan baby yang masih dalam hari. Menu yang senang dan sedap untuk dimakan, dalam pantang ataupun tidak.




SOTO AYAM
(menu untuk 4 orang)

1/2 ekor ayam - direbus dan disimpan air rebusan ayam
Air secukupnya untuk dibuat sup soto.
3 camb rempah soto - jadikan pes
3 camb rempah kurma - jadikan pes
1 bungkus sup bunjut
Nasi impit secukupnya - dipotong kiub

Bahan kisar:
1 camt ketumbar biji
1 camt jintan putih
1 camt jintan manis
4 biji buah keras
2 inci halia
2 inci lengkuas
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih

Bahan tumis:
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5-6 kuntum bunga cengkih
3 batang serai - dititik

Bahan hiasan:
Tauge - celur
Kacang tanah goreng
Suhun goreng
Sawi - celur
Daun sup - hiris halus
Isi ayam yang disiat-siat
Bergedil

Bahan untuk sambal kicap:
Cili api
3 biji bawang putih
Kicap masin dan kicap manis

Cara-caranya:

1. Ayam direbus dengan air dan sup bunjut. Bila dah masak, angkat ayam dan siat-siatkan isinya. Simpan air rebusan ayam.

2. Dalam periuk yang berlainan, panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga wangi.

3. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga bahan kisar garing dan wangi. Masukkan pula pes rempah soto dan rempah kurma. Tumis hingga rempah garing. (kalau tak ada rempah soto pun tak apa)

4. Masukkan air rebusan ayam dan didihkan. Rasakan garam gula.

5. Untuk sambal kicap, kisar cili api dan bawang putih dengan kicap.

6. Untuk menghidang, letakkan nasi impit dan bahan hiasan ke dalam mangkuk dan disendukkan kuah soto. Dimakan bersama sambal kicap dan bergedil.

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...