Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Wednesday, March 23, 2011

Roti Jala dan Kari Ayam


Kesiannya dekat my followers. Lama benar i tak update my blog sebab dah lama i tak masak. Sekarang ni tengah dalam pantang (40th day) anak ke 3. Masa pregnant hari tu memang lama tak masak sebab alahan teruk. Selalu ajak hubby makan kat luar. Kalau masak pun yang simple simple dan ditolong oleh hubby. Ini dah hari hari terakhir pantang ni teringin nak makan macam macam. Maklum la dah sebulan lebih mengadap lauk bakar je huhuu.





ROTI JALA

Roti Jala ni tak der sukatan tertentu. Kena try and error tang tepungnya. Jangan terlalu pekat nanti adunan tak keluar dari acuannya. Kalau cair sangat nanti jala putus-putus. Tapi basic ingredients nya sama aje. Setengah orang suka letak susu cair atau santan. I tak suka. I letak air biasa aja sebab nak makan dengan kari dah pakai santan. Kurang kan lemak. Maklumla badan dah naik dah produce 3 cahaya mata :)


Tepung gandum
Pewarna kuning - i pakai serbuk kunyit
1 biji telur
Secubit garam
Air untuk bancuhan


Cara-caranya:

1. Masukkan semua bahan dalam blender dan diblend sebati. Kalau nak kacau pakai tangan pun boleh. Tapi aku nak cepat dan senang heheh.

2. Panaskan ceper atas dapur dan dileserkan minyak menggunakan daun pandan.

3. Tuangkan adunan roti jala ke dalam acuan dan dikiraikan di atas ceper panas tadi.

4. Bila sudah masak, gulungkan roti jala dan ketepikan. Ulang hingga adunan habis. Roti jala sedap dimakan bersama kari ayam atau daging atau kuzi ayam





KARI AYAM
(for family of 4)

1/2 ekor ayam - bersihkan dan dipotong kecil-kecil
2 mangkuk santan
1 paket rempah kari ayam - jadikan pes
Minyak untuk menumis
2 camb kerisik
4 biji ubi kentang - potong 4
Garam dan gula secukup rasa
2 helai daun pandan
2 camb air asam jawa


Bahan A:
5 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
2 cm halia - mayang
4 tangkai daun kari
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih


Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan A dan daun kari hingga garing dan wangi. Masukkan pes kari dan ditumis lagi hingga pecah minyak.

2. Bila dah pecah minyak masukkan kerisik dan air asam jawa. Tumis kan seketika.

3. Masukkan ayam dan kentang dan digaul-gaul di dalam rempah tumis. Masukkan sedikit santan cair dan renehkan hingga ayam dan kentang empuk.

4. Masukkan santan yang selebihnya dan dididihkan. Jangan lupa letakkan daun pandan agar baunya bertambah wangi. Rasakan garam gula.

5. Makan roti jala bersama kari ayam. I kalau dah makan roti di jala for tea, dinner memang dah skip dah :))

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...