Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Thursday, November 18, 2010

Ketupat Pulut




First time buat ketupat sendiri. Selama ni orang lain yang masak, aku cuma tolong bungkus. Tapi sebab tak balik kamoung raya haji punya pasal maka terpaksalah mencubanya sendiri. Alhamdulillah resultnya tak mengecewakan walaupun tidak lah tergolong dalam golongan yang cemerlang buat ketupat hahahaha. Aku memang tak pandai bungkus ketupat guna daun palas, jadi kali ni aku balut guna daun pisang jer. Kemudian diikat dengan tali rafia. Kalau guna daun ketupat atau daun tebu rasa ketupat lagi sedap. Tapi ok la, buat hilang kempunan nak makan ketupat di pagi raya. Selalu kalau balik Kelantan mak tempah je sebab tak larat nak membalut ketupat. Kalau balik Kedah lak, mom in law selalu upah orang buat. Kali ni terpaksa la aku cuba sendiri. Senang jer sebenarnya buat ketupat ni. Cuma part membungkus tu yang jadi lomah skit!


KETUPAT PULUT

1 kg beras pulut (for a family of 5 like mine)
1/2 kg santan pati santan
sedikit garam
Sedikit kacang merah yang telah direbus - optional
Daun palas secukupnya - boleh ganti dengan daun tebu atau daun pisang

Cara-caranya:

1. Cuci beras pulut macam biasa. Kemuaian masak pulut dengan santan dan garam hingga separuh masak.

2. Gaulkan dengan kacang merah yang telah direbus. Boleh juga digaul dengan jagung (yang direbus terlebih dahulu) ikut kegemaran masing-masing. Biarkan sejuk sedikit barulah dibungkus.

3. Kepalkan pulut dan bungkuskan ke dalam daun palas.

4. Masukkan ketupat ke dalam periuk dan dimasukkan air sehingga separuh penuh. Rebus sehingga air kering.

5. Selamat mencuba!

2 comments:

eja said...

resepi ketupat ye puan..hehe puan saya ex student puan skg twin dah sambung diploma kt PUO :)

Mieza said...

saya ingat eja and twin..eja sambung kat mana? suka masak ye? selamat memasak ;)

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...