Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Saturday, May 1, 2010

Nasi Arab Berempah

















Ini menu lunch labor day kami one family, Nasi Arab Berempah. Last month ada visit Tesco, beli la 1 kg of beras basmathi. Kesian pulak rasanya kat beras tu kalau tak ditanak apa-apa jenis nasi. Kang rosak pulak. Tetiba datang idea nak masak nasi arab. Walaupun tak pernah menjejaki kaki ke tanah arab, namun pernah makan nasi arab ni kat kedai arab masa kat Wisconsin dulu. Itu yang tau serba sedikit tentang nama-nama masakan arab. Kalau ada kelapangan teringin sangat nak belajar masak makanan arab dari sahabat baik Wan Syarifah Wan Abdullah yang dah 15 tahun menetap di Jordan.



NASI ARAB BEREMPAH

Bahan-bahan:

4 pot beras basmathi - cuci dan rendam, cukup untuk a family of 4, sampai dinner sekali.
3 camb minyak sapi
1 inci halia - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
2 kuntum bunga lawang
3-4 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
1 camt lada hitam
sedikit saffron
1 tangkai daun ketumbar - dihiris
1 biji tomato - didadu
1 tin susu cair
2 kiub ayam - saya pakai knorr
5-6 ketul ayam
Air - sama banyak dengan sukatan beras
Secubit garam

Dijadikan pes:
1 camt serbuk jintan manis
1 camt serbuk jintan putih
1 camt serbuk ketumbar
1 camb rempah kurma
1 camb rempah beriani
1 camb rempah opor


Cara-caranya:


1. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumiskan bahan kisar (bawang dan halia), dan rempah wangi (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan lada hitam) hingga garing dan wangi.

2. Masukkan pes rempah dan ditumis lagi hingga garing.

3. Masukkan ayam yang dipotong dan tambahkan air. Masukkan kuib ayam dan renehkan hingga ayam masak.

4. Bila ayam dah masak, masukkan beras, saffron, susu cair, garam, daun ketumbar dan tomato dadu. Tanak hingga masak.

5. Bila nasi dah kering, terbalikkan nasi supaya tidak melekat antara satu sama lain dan berada dalam keadaan lerai.

6. Hidangkan nasi arab dengan lauk pilihan. Saya makan dengan gulai darat daging batang pinang atau apa-apa saja lauk kegemaran. Kalau tak suka letak ayam dalam nasi arab boleh juga diletak daging. Selalunya orang arab meletak daging.

No comments:

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...