Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Tuesday, March 30, 2010

Grilled Chicken Chop With Black Pepper Sauce


















Sorry banyak banyak to all my visitors coz lama sangat ambik masa untuk post recipe grilled chicken ni... i've been very busy..kalo tak busy buat kerja, busy masak, kalo busy masak i busy tido hehehhe

Nak masak chicken chop ni seelok nya debone kan the chicken..tapi i tak pandai nak debone, kalau i debone kan nanti hancur lebur chicken tu..untuk mendebone kan chicken boleh tgk kat youtube...ada dia ajar cara2 nak debone kan ayam...tapi kalo malas macam i tak yah la susah susah nak debone kan...masak jer terus dengan tulang tu then debone dengan gigi masa masuk mulut tu nanti..the traditional method hhehee..so here's the recipe...sebenarnyer d secret of good grilled chicken lies in the way u marinate it...kalo u marinate sedap maka sedap la grilled chic chop you...:)




GRILLED CHICKEN CHOP WITH BLACK PEPPER SAUCE

Untuk perapan ayam:

1 ekor ayam - di belah empat..kalau pandai debone, elok la di debone kan..kalo tak pandai, tak yah la debone kan...kalau nak debone remember to debone first then baru belah 4
1 cam lada hitam - coarse
4 camb sos BBQ
4 camb sos tiram
4 camb sos Worcestershire
3 camt serbuk paprika
3 camb serbuk kari
sedikit garam
3 camb honey
1 biji lemon - ambil jusnya

Cara-caranya:

1. Perap ayam dengan semua bahan. Perapkan dan simpan di dalam peti ais. Kalau boleh perap la semalaman. Kalau dah tak sempat perapla 2-3 jam sebelum di grill.

2. Set kan oven mengikut cara-cara untuk grill ayam mengikut manual oven masing-masing. Saya menggunakan oven brand Elba. Setkan kepanasan 'max', letak ayam di para ke 4 dari bawah. Jangan lupa gunakan fan assisted oven. Dengan temperature 'max' ayam akan digrill dengan cara burning the outside while keeping the chicken juice inside. Grill selama 10 - 15 minit sahaja.

3. Keluarkan ayam bila dah masak. Hidang dengan black pepper sauce and vegetables.



Bahan-bahan untuk Black Pepper Sauce:


1 biji bawang besar - cincang
2 biji bawang putih - cincang
2 camb butter - untuk menumis
1 camt lada hitam - coarse
1 paket sos lada hitam - aku pakai 'yamie'
1 camt honey
2 camb BBQ sos
Garam
1 camb tepung jagung - bancuh dengan sedikit air


Cara-caranya:

1.Cairkan butter dan tumis bawang besar dan putih yang telah dicincang hingga garing.

2. Bila dah garing masukkan lebihan marinade tadi dan juga semua bahan-bahan untuk buat sos. Tambahkan sedikit air. Untuk memekatkan kuah boleh diletakkan sedikit bancuhan tepung jagung.

3. Hidangkan Grilled Chick Chop bersama sayur-sayuran seperti brocolli dan carrot yang dicelur ataupun baked potato.

Enjoy your cooking, love your kitchen!

Sunday, March 28, 2010

Nasi Beriani dan Daging Masak Hitam


Tetiba jer bangun tido ari terasa nak masak nasi beriani..ni kes tak puas ati dengan nasi beriani gam malim prima la ni..dulu2 masa mula2 dibuka nasi beriani kedai tu sedap sangat..harganya memang murah...tak sampai setahun beroperasi nasi nyer dh semakin tak sedap..tak rasa rempahnya...masamnya jer yg lebih..sebab tension punya pasal terpaksa la aku masak sendiri...beras basmathi lak tak der..semalam masa pergi Tesco Rawang lupa lak membelinya..jadi aku guna jer beras biasa yang ada dalam pantry umah aku..jadi itula hasilnyer..nasinyer tak runcing macam beras basmathi but the taste never failed! To go with nasi beriani, aku masak daging masak hitam dan senangin sweet sour...maklum la suami sakit jadi accessory nasi beriani pun terhad. Dalam nasi beriani aku tak leh letak badam, gajus or any nuts nanti hubby kembung.. dalca pun aku tak buat sebab hubby tak leh makan..terung kacang etc dlm dalca tu semua forbidden..kalau aku masak dia terliur..dia nak sentuh gak..kang dia sakit susah lak..jadi terpaksa la improvise. The most important is hubby's health...selera sendiri jatuh nombor 2 :))


NASI BERIANI

4 pot beras basmathi - cuci dan toskan (serving ni cukup la utk my family of 4 + my mom untuk lunch and dinner sekali)
1 tin susu cair - aku pakai brand Ideal
1 biji bawang besar - kisar
5 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 camb rempah beriani - bancuh dengan sedikit air...kalau terdesak pakai rempah beriani maggi pun boleh lah,
2 helai daun pandan - simpulkan
4 camb minyak sapi
2 biji tomato buah - potong dadu
sedikit safron
sedikit garam
daun ketumbar
1/2 ekor ayam - potong 6
Air mengikut sukatan beras

Bahan hias
gajus, almond panggang, kismis
bawang goreng
daun bawang dan daun sadri- dihiris

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumis bahan kisar dan rempah wangi (kulit kayu manis, bunga lawang etc) hingga wangi. Bila dah wangi masukkan rempah nasi beriani dan safron. Tumis hingga wangi dan garing.

2. Masukkan ayam, tomato dadu dan sedikit air. Masak hingga ayam empuk.

3. Masukkan beras, susu cair, air, garam, daun ketumbar dan daun pandan. Masak seperti memasak nasi biasa.

4. Bila nasi masak, gaul-gaulkan nasi supaya tidak melekat. Biarkan ia berderai. Jangan digaul kuat sangat nanti nasi patah, tak cantik.

5. Semasa menghidang, taburkan bahan hias.



DAGING MASAK HITAM

300 gm daging - dihiris, diperap dengan rempah sup, garam dan kunyit
1 biji bawang besar - kisar
5 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 camb rempah masak hitam - aku cuba rempah baru..brand 'Aween' beli kat pasar Tg Malim..1 paket = RM1.20..sedap..boleh beli lagi
2 camb air asam jawa
1 camb kerisik
2 camb sos tiram
Kicap manis dan kicap pekat/masin secukupnya

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Gorengkan daging yang telah diperap hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.

2. Tumiskan bahan kisar dan rempah wangi hingga wangi dan garing. Bila dah garing masukkan kerisik, rempah masak hitam dan air asam jawa. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan kicap dan sos tiram.

3. Masukkan daging dan sedikit air. Renehkan hingga daging empuk dan kuah pekat. Rasakan manis dan masin. Guna kicap manis dan kicap masin.

4. Taburkan daun sadri dan cili merah semasa menghidang. Makan dengan nasi putih pun sedap!

Wednesday, March 17, 2010

Honey Roasted Chicken


Oleh sebab anak yang kecik tu dah lelap..maka bolehla mamanya nak menulis resepi kat blog ni.

Honey roasted chicken ni aku masak dengan nasi ayam..pakai ayam kampung..sejak kedai ayam kampung dibuka depan umah ni aku dah tak makan ayam pekan..ewahhh sombong gitu..bukan tak makan langsung..makan juga..cuma lebih kerap makan ayam kampung..kebetulan pure honey ada banyak dalam pantry beli masa pergi cameron hari tu..plus ada kawan pegi sana lagi dan hadiahkan aku sebotol pure honey lagi sebab dia tau den ni suka minum air madu..tapi tak suka bermadu tau...mintak selisih! hehehe..here is d recipe to be shared with the viewers...my family love it very very much...selamat mencuba




AYAM PANGGANG MADU

1 ekor ayam - belah 4, cuci dan rebus separuh masak. Angkat dan toskan. Air rebusan jangan dibuang. Gunakan untuk memasak nasi ayam.
2 inci halia - kisar
5 ulas bawang putih - kisar
2 camb rempah kari
1 camb rempah tandoori - tak letak pun tak per..aku letak sbb suka rasa pedas and it beautify d look of d chicken bila panggang nanti.
4 camb madu
2 camb sos tiram
sedikit garam


Cara-caranya:

1. Perap ayam dengan semua bahan di atas. Perap lebih kurang 3 jam.

2. Panaskan oven 180'C dan panggang ayam selama 10 minit. Keluarkan dan sapu dengan madu. Panggang lagi. Ulang beberapa kali hingga ayam garing dan masak.

3. Bila dah masak, keluarkan dan dipotong kecik supaya senang untuk di makan. Makan dengan nasi ayam memang best!

4. Kalau rajin nak idupkan api lagi best. Panggang kat dapur arang!

Wednesday, March 3, 2010

Goulash Tulang Rusuk


Goulash ni tak cukup bahan sebenarnyer..tu yang warnanya macam pucat skit..sebab serbuk paprika ku kehabisan..pastu biasak la aku mesti improvise dr resepi asal mengikut tekak kemelayuan sejati aku hehehe dan banyak ingredients yang terpaksa di skip mengikut tahap kesihatan suami seperti kentang..dia tk boleh makan kentang..coz nanti dia kembung..walau apa pun my cooking never fails hehehe..suka sangat tengok hubby makan garlic bread cicah goulash ni..kids pun suka sebab tak pedas..

Jadi di sini dikongsi resepi dengan visitors..





GOULASH TULANG RUSUK


Bahan A:
2 batang tulang rusuk - dipotong 2- 3 inci
2 camb tepung jagung
1 camt serbuk lada hitam

Bahan B:
2 biji bawang besar - dicincang
2 biji bawang putih - dicincang
1 inci halia - dimayang
2 biji buah tomato - dipotong dadu
2 camb mentega
1/2 camb serbuk paprika
2 camb serbuk sup
garam gula
1 mangkuk air

Bahan C:
2 biji kentang - dikupas kulit dan dipotong 4
1 batang celeri - dipotong kecil
1 batang carrot - dipotong jejari sepanjang 1 inci
1 biji capsicum hijau - potong jejari

Cara-caranya:

1. Bahan A digaul bersama dan diperap sekejap.

2. Panaskan butter dalam periuk, tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga garing.

3. Masukkan tulang rusuk yang diperap dan digoreng sekejap hingga kekuningan.

4. Masukkan buah tomato yang dikiubkan, air, serbuk rempah sup dan serbuk paprika dan renehkan sehingga daging empuk.

5. Bila daging dah empuk, masukkan Bahan C dan renehkan sehingga sayuran 1/2 [email protected] Rasakan garam gula.

6. Sedap dimakan bersama garlic bread, toast atau pun dengan nasi putih biasa.

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...