Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Thursday, November 18, 2010

Ketupat Pulut




First time buat ketupat sendiri. Selama ni orang lain yang masak, aku cuma tolong bungkus. Tapi sebab tak balik kamoung raya haji punya pasal maka terpaksalah mencubanya sendiri. Alhamdulillah resultnya tak mengecewakan walaupun tidak lah tergolong dalam golongan yang cemerlang buat ketupat hahahaha. Aku memang tak pandai bungkus ketupat guna daun palas, jadi kali ni aku balut guna daun pisang jer. Kemudian diikat dengan tali rafia. Kalau guna daun ketupat atau daun tebu rasa ketupat lagi sedap. Tapi ok la, buat hilang kempunan nak makan ketupat di pagi raya. Selalu kalau balik Kelantan mak tempah je sebab tak larat nak membalut ketupat. Kalau balik Kedah lak, mom in law selalu upah orang buat. Kali ni terpaksa la aku cuba sendiri. Senang jer sebenarnya buat ketupat ni. Cuma part membungkus tu yang jadi lomah skit!


KETUPAT PULUT

1 kg beras pulut (for a family of 5 like mine)
1/2 kg santan pati santan
sedikit garam
Sedikit kacang merah yang telah direbus - optional
Daun palas secukupnya - boleh ganti dengan daun tebu atau daun pisang

Cara-caranya:

1. Cuci beras pulut macam biasa. Kemuaian masak pulut dengan santan dan garam hingga separuh masak.

2. Gaulkan dengan kacang merah yang telah direbus. Boleh juga digaul dengan jagung (yang direbus terlebih dahulu) ikut kegemaran masing-masing. Biarkan sejuk sedikit barulah dibungkus.

3. Kepalkan pulut dan bungkuskan ke dalam daun palas.

4. Masukkan ketupat ke dalam periuk dan dimasukkan air sehingga separuh penuh. Rebus sehingga air kering.

5. Selamat mencuba!

Rendang Daging




Sebelum terlambat diucapkan selamat hari raya Aidil Adha kepada semua pembaca blog ini. Lama sangat dah saya tak berblogging due to my health condition. Third pregnancy ni alahannyer teruk sungguh sampai terpaksa sebulan ambik cuti. Dah tak sabar nak tunggu due in Feb next year. Hopefully this time is a boy. Teringin sangat nak ada bb boy. Tapi kalau Allah SWT kurniakan zuriat perempuan lagi pun, tak apa. Bersyukur tidak terkira. Janji semua sihat dan selamat. Raya haji tahun ni tak balik kampung. Tak larat benor rasanya nak dok dalam kereta travel lelama. I suffer from chronic back and bum pain. Dok lelama memang tak tahan. Oleh sebab tak balik maka terpaksalah kreatifkan diri di dapur siapkan juadah raya untuk anak-anak. Nak masak lebih-lebih memang tak larat. Yang terhasil cumalah ketupat pulut dan rendang daging. Lunchnya cuma masak nasi ayam. Sedih lak tengok my girls yang teringin nak balik kampung beraya dengan atuknya. Rendang ni first time i buat. Tak pernah buat pun selama ni. Cuma try and error kebetulan ada daging sikit dalam peti ais. Alhamdulillah hasilnya tak mengecewakan. Suami dan anak-anak suka. Berbaloi rasanya masak walaupun sakit-sakit pinggang sebab tengah sarat...:D


RENDANG DAGING

1 kg daging batang pinang - dipotong nipis
1 mangkuk santan pekat
1/2 cawan kerisik
1/2 keping gula melaka
Sedikit air asam jawa
5 camb rempah kerutuk- boleh juga pakai rempah kari atau rempah kurma. Rempah ni jadikan pes
Daun limau purut - dihiris
Daun kunyit - dihiris
Garam secukup rasa

Bahan giling:
8 biji bawang merah
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih
10 biji cili kering - kalau suka pedas boleh letak banyak lagi. Saya letak sikit je sebab anak-anak tak boleh makan pedas
2 cm halia
2 cm lengkuas
5-6 batang serai

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak dan wangi.

2. Masukkan pes rempah kerutuk dan ditumis lagi sehingga wangi dan garing.

3. Masukkan daging, kacau rata-rata dan bolehlah dimasukkan santan. Masak hingga daging empuk. Gunakan api yang sederhana sahaja. Jangan api terlalu besar.

4. Masukkan pula air asam jawa, gula melaka, kerisik, dan garam. Bila kuah dah agak pekat dan kering, masukkan daun limau purut dan daun kunyit yang telah dihir. Kacau rata.

5. Rendang ini sedap dimakan bersama ketupat mahupun nasi putih sahaja.

Monday, June 14, 2010

Sup Cendawan

Baru berkesempatan nak tulis resepinya...mintak maaf banyak-bantak kepada pengunjung yang dah masuk berkali-kali tapi resepi ni tak der pun kat sini...sebebnarnya aku dah lupa yang aku belum update sup cendawan ni...ampun kan daku! Resepi ni simple tapi anak-anak dan suami cukup suka hirup...slrupppp!





SUP CENDAWAN

Bahan-bahan:

1 paket cendawan tiram - RM2 sepaket, siat-siatkan
1 paket cendawan butang - belah 4
1 paket cendawan halus tinggi (ahakksss aku tatau nama dia tapi bentuknya tinggi dan kurus warna putih) - cuma potong akarnya
1 batang celeri - hiris serong
1 biji tomato - belah 8
1 biji bawang besar - belah 8
3 biji bawang putih - ketuk
1/2 camt serbuk lada sulah
1/2 kiub pati ikan bilis
6-7 ekor udang - buang kulit
6 biji fishball - belah 2
Sedikit daun bawang dan daun sup - potong 2 cm panjang
Garam gula
1 mangkuk air untuk kuah


Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang putih hingga perang kemudian dimasukkan air. Biarkan hingga air mendidih.

2. Masukkan udang, fishball, kiub bilis,bawang besar celeri dan lada sulah. Biarkan seketika.

3. Akhir sekali masukkan cendawan, tomato dan rasakan garam gula. Masak sekejap sahaja sebab cendawan cepat lembut. Masukkan daun bawang dan daun sup sebelum diangkat.

Clam Tumis


I don know what it real name is..but it's from clam family..my mom in law kata orang Kedah panggil lala..but for some other people lala is the one we call 'retak seribu'..look like 'etak' for some Kelantanese call it..tapi etak kembung sikit..this one nipis skit.. what ever it name is, it is so damn delicious...nyum nyum..first time jumpa kat Pasar Minggu Pekan Langgar..RM3 per kg...ini resepi dapat selepas temuramah sorang mak cik yang sama sama beli clam ni...hasilnya tidak mengecewakan.




CLAM TUMIS

Bahan-bahan:
1 kg clam - cuci dan toskan
3 batang serai - diketuk
2-3 helai daun kunyit -siat-siatkan
2 camb sos tiram
Minyak untuk menumis
1 cawan air
Garam gula
2 biji tomato - belah 4

Bahan kisar:
4-5 biji cili kering
3 ulas bawang putih
5-6 ulas bawang merah
1 inci lengkuas
1 inci halia

Cara-caranya:

1. Tumiskan bahan kisar dan serai hingga garing.

2. Masukkan sos tiram dan dikacau seketika dan dimasukkan buah tomato.

3. Masukkan clam, air, dan daun kunyit. Masak hingga clam terbuka dan mendidih. Rasakan garam gula.

4. Boleh di makan dengan nasi putih..tapi lagi sedap untuk diratah begitu saja...nyum nyum :)

Wednesday, June 9, 2010

Simple Yet Mouthwatering Lunch
















There was not much left in the fridge since we are leaving for our kampung in a few days. A few ikan kembung, one siakap head, a packet of artificial crab meat, a packet of fish balls, and 2 packet of coconut milk in the freezer. Looking down the fridge, i found 2 bunches of pak choy, 1 packet of ikan pekasam, a few eggs, and 2 cans of sardines. Hmmm enough supplies for 3 more days i believe. And i dont want to shop for the new stock of groceries until we return, after spending a week or so, from Alor Setar. So i make use of whatever left for us in the fridge and pantry. This will do i guess. Not so rich but sufficient. Simple, but if one knows how to perfectly improvise, the dish could be very very mouthwatering! I alwiz loved to eat fish head curry, so does my husband. What to expect, he's from the north side of the country! But looking at my weight rite now, i guess i should be a lil bit easy on fat-rich food. But i cant, it's like the food is waving for me and i dont have a heart not to taste them...ngeeeeeee, an excuse again...The curry is Siakap head. Cost me RM5.40 per head. The seller tried to cheat me though. She said the head is RM12 per kg and she tried to charge me RM6 for 450gm. Thank God my mum sent me to good school that i know to calculate fast. Pity the seller huh. Though it was only RM0.60 difference but it's still money. To be accurate it was MY money that the seller tried to 'steal'. What make me sad thou, the seller is Muslim Malay. Didn't she know that cheating is sinful! (sigh). Well, after about an hour cooking, taraaa here's the lunch menu for today. A must-have dish, omelet with onion can be missed, especially by my two gals. Omelet? The name sounds very astonishing, but in Malay, it's just a simple telur dadar. And my favorite veggie, pak choy that is! Yummy! I'm wishing my loyal visitors to enjoy their lunch as well. Bon appetit everyone!

Ketupat Sotong


Menu untuk berbuka semalam. Kekonon nak buat banyak sikit, boleh la sedekah kat my neighbor, tapi sotong kat Pasar Behrang macam hidup segan mati tak mahu. Kat TF pun sama, semua ciput-ciput, sesuap jer sekor sotong tu. Last-last i picked up juga la a few. But pitty my husband, dia tak boleh makan pulut..so he just touched the squid heads je la..but here's the recipe for my visitors







KETUPAT SOTONG

8 ekor sotong segar - my budget is 2 squids for each family member
1 mangkuk santan pekat
1 cawan beras pulut - direndam semalaman
2 keping gula melaka
gula pasir secukup rasa
1 camt garam
1 camb halba
1 inci halia - dihiris nipis
2 helai daun pandan
3-4 batang bilah lidi sate - untuk mencucuk kepala sotong

Cara-Caranya:

1. Cuci sotong dan toskan.

2. Isikan beras pulut ke dalam perut sotong hingga separuh penuh dan dipinkan dengan bilah lidi di kepalanya seperti dalam gambar.

3. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan direnehkan di atas dapur hingga pulut masak dan kuah kepekatan.

4. Dihidang sebagai dessert. Sempurna juga sebagai kuih berbuka puasa di bulan Ramadhan.

Saturday, May 22, 2010

Gulai Lemak Siput Sedut


It has been very long since the last time I savor this food..dedolu kala masa kecik-kecik cukup tak suka siput ni sebab geli tengok dia merayap rayap dalam baldi bila nenek kutip dia dari sungai. Siput tu juga ada kat dalam bendang. Tapi kalau bendang punya make sure rendamnya selama 2 hari baru di masak supaya rasa payau lumpur bendang tu habis semua dikeluarkan oleh si siput. Dan air rendamnya hendaklkah ditukar 2-3 kali sehari. Tapi yang nenek pungut dari sungai tu warnanya hitam gelap dan rasanya lagi lemak. Yang aku masak ini siput laut. Masa kecik kecik dulu aku tak pandai isap siput. Everytime i isap mesti fail punya lah. So my mum akan sedut kan untuk aku..skg aku dah pandai makan...siap pandai masak lagi..dan aku lah yang jadi tukang sedut untuk my 2 gals tu..aku jarang makan siput ni dengan nasi putih, selalunya aku ratah aje...slruuuuppppppp!


GULAI LEMAK SIPUT SEDUT

2 paket siput sedut - dicuci berulang kali untuk membuang lumpur pada badannya dan dipotong sedikit di bahagian hujungnya. Kalau di pasar Tanjong Malim sebungkus siput = RM4
5 tangkai daun kesum
2-3 keping asam keping
garam gula secukup rasa
1 mangkuk santan

Bahan kisar:
5-6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3-5 biji cili kering
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit
1 camb ketumbar

Cara-caranya:

1. Cukup senang nak masak siput ni. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan direnehkan hingga siput masak.

2. Rasakan garam gula dan juga asamnya. Makan dengan nasi putih mmg membuka selera!

Saturday, May 1, 2010

Nasi Arab Berempah

















Ini menu lunch labor day kami one family, Nasi Arab Berempah. Last month ada visit Tesco, beli la 1 kg of beras basmathi. Kesian pulak rasanya kat beras tu kalau tak ditanak apa-apa jenis nasi. Kang rosak pulak. Tetiba datang idea nak masak nasi arab. Walaupun tak pernah menjejaki kaki ke tanah arab, namun pernah makan nasi arab ni kat kedai arab masa kat Wisconsin dulu. Itu yang tau serba sedikit tentang nama-nama masakan arab. Kalau ada kelapangan teringin sangat nak belajar masak makanan arab dari sahabat baik Wan Syarifah Wan Abdullah yang dah 15 tahun menetap di Jordan.



NASI ARAB BEREMPAH

Bahan-bahan:

4 pot beras basmathi - cuci dan rendam, cukup untuk a family of 4, sampai dinner sekali.
3 camb minyak sapi
1 inci halia - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
2 kuntum bunga lawang
3-4 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
1 camt lada hitam
sedikit saffron
1 tangkai daun ketumbar - dihiris
1 biji tomato - didadu
1 tin susu cair
2 kiub ayam - saya pakai knorr
5-6 ketul ayam
Air - sama banyak dengan sukatan beras
Secubit garam

Dijadikan pes:
1 camt serbuk jintan manis
1 camt serbuk jintan putih
1 camt serbuk ketumbar
1 camb rempah kurma
1 camb rempah beriani
1 camb rempah opor


Cara-caranya:


1. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumiskan bahan kisar (bawang dan halia), dan rempah wangi (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan lada hitam) hingga garing dan wangi.

2. Masukkan pes rempah dan ditumis lagi hingga garing.

3. Masukkan ayam yang dipotong dan tambahkan air. Masukkan kuib ayam dan renehkan hingga ayam masak.

4. Bila ayam dah masak, masukkan beras, saffron, susu cair, garam, daun ketumbar dan tomato dadu. Tanak hingga masak.

5. Bila nasi dah kering, terbalikkan nasi supaya tidak melekat antara satu sama lain dan berada dalam keadaan lerai.

6. Hidangkan nasi arab dengan lauk pilihan. Saya makan dengan gulai darat daging batang pinang atau apa-apa saja lauk kegemaran. Kalau tak suka letak ayam dalam nasi arab boleh juga diletak daging. Selalunya orang arab meletak daging.

Saturday, April 24, 2010

Spaghetti Tuna Olio


Resepi yang paling mudah and sedap..except that i have to skip a few things due to both, my hubby's health, and mine...we have to skip the dried chilly and mushrooms though we like them the most...












SPAGHETTI TUNA OLIO

1/2 paket spaghetti- i alwiz chose san remo, but other brands will do as well. Celur sampai empuk.
3 camb olive oil - kalau tk ada boleh pakai minyak masak biasa, actually olive oil id good for our health coz dia tak beku dalam badan.
3 biji bawang putih - cincang
1 biji bawang besar - cincang
sedikit daun pudina
1 tin tuna flakes - i pakai ayam brand tuna flakes in sunflower oil
garam gula
3-4 keping shitake mushroom
3-4 biji cili kering - di hiris panjang serong
1 biji tomato - potong dadu

Hiasan:
Fried garlic
Parmesan cheese
Coarse black pepper


Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili kering hingga garing.

2. Bila bawang dah garing, masukkan mushroom dan tuna flakes. Goreng seketika hingga tuna kegaringan.

3. Masukkan spaghetti dan tomato dan digaul rata. Masukkan garam gula secukup rasa dan juga daun pudina.

4. Semasa menghidang taburkan coarse black pepper, Parmesan cheese dan fried garlic. Siap untuk di makan. Selamat mencuba!

Friday, April 16, 2010

Crab With Curry and Hoi Sin Sauce

















Crabs..crabs...crabs... yessss...we really are the crab lovers..tapi dah lama tak beli crab..coz hubby was trying to minimize the use of seafood in our meal...jaga kesihatan katanya..



CRABS WITH CURRY AND HOI SIN SAUCE

4 ekor ketam - di gaul garam kunyit dan digoreng garing
3 biji bawang putih - diketuk
1 biji bawang besar - dihiris
1 inci halia - di mayang
3 camb sos tiram
3 camb sos hoi sin - sos ni di jual dalam seperti sos tiram
3 camb serbuk curry - jadi kan pes
2 biji buah tomato - potong dadu
Daun bawang dan daun parsley - dihiris
1 camb sos sotong
2 biji cili merah - dihiris jejari panjang
1/2 cawan air
Garam gula to taste


Cara-caranya:


1. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga garing.

2. Bila bawang dah garing, masukkan rempah kari. Masak hingga rempah kari garing dan pecah minyak.

3. Kemudian masukkan sos tiram dan sos hoisin dan air. Didihkan. Sekiranya sos tidak cukup pekat boleh ditambah dengan sedikit air bancuhan tepung jagung.

4. Tambahkan tomato yang dipotong dadu dan sos sotong. Rasakan garam gula. Jangan terlalu masin sebab ketam sudahpun diperap dengan garam kunyit terlebih dahulu.

5. Masukkan ketam yang telah digoreng ke dalam sos dan digaul rata. Taburkan daun bawang dan daun parsely serta cili hiris.

6. Boleh dimakan bersama nasi putih. YummmY!

Sunday, April 11, 2010

Cheese Burger - A Home Style


Ini rasanya semua orang tau buat. How tempting it is actually lies in the way you present it. On the other hand, the secret of how tasty the cheese burger could be, lies in your choice of the patty. Jadi kena la beli patty yang mahal skit. We bought the patty at Tesco Ipoh...brand ape ye..tak ingat dah..sedap...if im not mistaken the cost is RM8.99 for 4 patties. The patties are supposed to be grilled, not fried. So use your grilled pan. Grease with butter, not cooking oil. And remember, pick fresh salad and tomatoes to go with it. Slice the onions. Use the dressings that you like most. The kids and I tak suka cili sos sangat, so we alwiz picked mayonnaise and thousand island. When preparing cheese burgers, make sure to heat the cheese til it melts. Uhhhh sedapnya. Serve with your favorite fries or onion rings. And remember to toast your buns. It alwiz add flavor to your burger. Good luck!

Kung Fu Yee Mee

















Kung Fu Yee Mee for dinner tonite...seboleh mungkin i akan avoid having rice for dinner..badan ni dah makin membesar...kalau ikutkan hati i just nak drink some milk and have a few pieces of cream cracker cukup la..tapi sian tengok anak-anak..depa tak biasa dengan diet macam gitu..untuk my gals yang sangat sangat mama sayangi...no one in this world can take your place in my heart..here is the Kung Fu Yee Mee, we thank Allah for being so generous to us by giving this food. Alhamdulillah...jadikan kami hamba yang bersyukur terhadap rezeki Mu...Amin



KUNG FU YEE MEE

Bahan-bahan:

3 sanggul yee mee - dicelur di dalam air panas, toskan. Ikut instruction pada wrapper.
4 biji bawang putih - ketuk
1 biji bawang besar - hiris
5-6 biji cili api - potong kecil
1 inci halia - dimayang
1 kiub ayam - i pakai knorr
minyak untuk menumis
1 mangkuk air
2 camb tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
6-7 ekor udang - dibuang kulit
3-4 ekor sotong - dihiris kecil
sedikit isi ayam
2-3 batang isi ketam
carrot, brocoli, sawi, jagung muda - dihiris
daun sup dan daun bawang - dihiris
bawang goreng untuk hiasan
2-3 camb sos ikan
2 camb sos tiram

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang besar, halia dan cili api hingga garing.

2. Bila dah garing masukkan udang, ayam, sotong dan isi ketam. Masukkan juga sos tiram dan air. Didih hingga lauk masak.

4. Masukkan kuib ayam dan sayur-sayuran. Pastikan sawi dimasukkan akhir sekali.

5. Masukkan sos ikan. Jangan dimasukkan garam lagi sebab sos ikan sudah pun masin. Untuk memekatkan kuah masukkan bancuhan tepung jagung.

6. Letakkan yee mee ke dalam mangkuk, tuangkan kuah kung fu ke dalam mangkuk yang mengandungi mee dan taburkan bawang goreng, hirisan daun bawang dan daun sup.

7. Yee Mee boleh diganti dengan mee kuning, gihun, kuey teow, etc.

SELAMAT MENCUBA!

Bingka Ubi Kayu

















Rasa proud lebih sikit masa masak kuih ni sebenarnya sebab ubi kayu adalah hasil tanaman sendiri..all tis while kalau nak masak bingka ubi ke, lepat ubi ke, selalunya ubi aku beli kat pasar minggu jer...tu yang buat den bangga lebih tu. Selalunya bingka ubi warna kuning sebab pakai pewarna dan pakai gula pasir..aku pakai gula melaka dan tak letak sebarang pewarna..selalunya ubi kayu aku suka buat lepat..ataupun rebus biasa dan makan dengan kelapa perut...my God sedap sungguh! Kalau my mom dulu-dulu dia suka masak sayur lemak ubi kayu..mmg marvelous! Memang teringin nak buat lepat, tapi memandangkan susahnya nak cari daun pisang kat sini unless pegi pasar minggu maka terhasil la bingka yang tidak memerlukan daun pisang...lagi pun senang nak buat bingka ni..let us share d recipe :)





BINGKA UBI KAYU

Bahan-bahan:
1 mangkuk sagu ubi kayu - ubi kayu diparut, ditapis dan diperah airnya, simpan sagunya
2-3 keping gula melaka
1 cawan gula pasir - mengikut tahap manis yang diingini
1 mangkuk santan pekat
1 camt garam
1 camb tepung jagung - di bancuh dengan sedikit air
3 biji telur - dipukul
2 helai daun pandan
3 camb butter - dicairkan


Cara-caranya:

1. Gula melaka dimasak dengan sedikit air dan daun pandan hingga larut. Kemudian masukkan gula pasir dan garam. Masukkan juga santan pekat dan masak hingga panas. Tak payah sampai mendidih santan tu. Keluarkan daun pandan.

2. Masukkan sagu ubi kayu ke dalam mangkuk besar. Masukkan telur yang telah dipukul, butter yang telah dicairkan, dan bancuhan tepung jagung. Gaul rata-rata.

3. Masukkan sirap gula melaka ke dalam mangkuk sagu ubi kayu dan di gaul rata-rata.

4. Leserkan butter pada loyang pembakar. Masukkan adunan bingka ke dalam loyang. Bakar dalam oven pada 180'C selama satu jam atau sehingga bahagian atasnya keperangan. Cucuk dengan lidi. Jika tiada adunan melekat pada lidi maksudnya bingka telah masak.

5. Tunggu biar bingka betul-betul sejuk baru dipotong. Hidangkan sebagai dessert ataupun untuk minum petang.

Tuesday, March 30, 2010

Grilled Chicken Chop With Black Pepper Sauce


















Sorry banyak banyak to all my visitors coz lama sangat ambik masa untuk post recipe grilled chicken ni... i've been very busy..kalo tak busy buat kerja, busy masak, kalo busy masak i busy tido hehehhe

Nak masak chicken chop ni seelok nya debone kan the chicken..tapi i tak pandai nak debone, kalau i debone kan nanti hancur lebur chicken tu..untuk mendebone kan chicken boleh tgk kat youtube...ada dia ajar cara2 nak debone kan ayam...tapi kalo malas macam i tak yah la susah susah nak debone kan...masak jer terus dengan tulang tu then debone dengan gigi masa masuk mulut tu nanti..the traditional method hhehee..so here's the recipe...sebenarnyer d secret of good grilled chicken lies in the way u marinate it...kalo u marinate sedap maka sedap la grilled chic chop you...:)




GRILLED CHICKEN CHOP WITH BLACK PEPPER SAUCE

Untuk perapan ayam:

1 ekor ayam - di belah empat..kalau pandai debone, elok la di debone kan..kalo tak pandai, tak yah la debone kan...kalau nak debone remember to debone first then baru belah 4
1 cam lada hitam - coarse
4 camb sos BBQ
4 camb sos tiram
4 camb sos Worcestershire
3 camt serbuk paprika
3 camb serbuk kari
sedikit garam
3 camb honey
1 biji lemon - ambil jusnya

Cara-caranya:

1. Perap ayam dengan semua bahan. Perapkan dan simpan di dalam peti ais. Kalau boleh perap la semalaman. Kalau dah tak sempat perapla 2-3 jam sebelum di grill.

2. Set kan oven mengikut cara-cara untuk grill ayam mengikut manual oven masing-masing. Saya menggunakan oven brand Elba. Setkan kepanasan 'max', letak ayam di para ke 4 dari bawah. Jangan lupa gunakan fan assisted oven. Dengan temperature 'max' ayam akan digrill dengan cara burning the outside while keeping the chicken juice inside. Grill selama 10 - 15 minit sahaja.

3. Keluarkan ayam bila dah masak. Hidang dengan black pepper sauce and vegetables.



Bahan-bahan untuk Black Pepper Sauce:


1 biji bawang besar - cincang
2 biji bawang putih - cincang
2 camb butter - untuk menumis
1 camt lada hitam - coarse
1 paket sos lada hitam - aku pakai 'yamie'
1 camt honey
2 camb BBQ sos
Garam
1 camb tepung jagung - bancuh dengan sedikit air


Cara-caranya:

1.Cairkan butter dan tumis bawang besar dan putih yang telah dicincang hingga garing.

2. Bila dah garing masukkan lebihan marinade tadi dan juga semua bahan-bahan untuk buat sos. Tambahkan sedikit air. Untuk memekatkan kuah boleh diletakkan sedikit bancuhan tepung jagung.

3. Hidangkan Grilled Chick Chop bersama sayur-sayuran seperti brocolli dan carrot yang dicelur ataupun baked potato.

Enjoy your cooking, love your kitchen!

Sunday, March 28, 2010

Nasi Beriani dan Daging Masak Hitam


Tetiba jer bangun tido ari terasa nak masak nasi beriani..ni kes tak puas ati dengan nasi beriani gam malim prima la ni..dulu2 masa mula2 dibuka nasi beriani kedai tu sedap sangat..harganya memang murah...tak sampai setahun beroperasi nasi nyer dh semakin tak sedap..tak rasa rempahnya...masamnya jer yg lebih..sebab tension punya pasal terpaksa la aku masak sendiri...beras basmathi lak tak der..semalam masa pergi Tesco Rawang lupa lak membelinya..jadi aku guna jer beras biasa yang ada dalam pantry umah aku..jadi itula hasilnyer..nasinyer tak runcing macam beras basmathi but the taste never failed! To go with nasi beriani, aku masak daging masak hitam dan senangin sweet sour...maklum la suami sakit jadi accessory nasi beriani pun terhad. Dalam nasi beriani aku tak leh letak badam, gajus or any nuts nanti hubby kembung.. dalca pun aku tak buat sebab hubby tak leh makan..terung kacang etc dlm dalca tu semua forbidden..kalau aku masak dia terliur..dia nak sentuh gak..kang dia sakit susah lak..jadi terpaksa la improvise. The most important is hubby's health...selera sendiri jatuh nombor 2 :))


NASI BERIANI

4 pot beras basmathi - cuci dan toskan (serving ni cukup la utk my family of 4 + my mom untuk lunch and dinner sekali)
1 tin susu cair - aku pakai brand Ideal
1 biji bawang besar - kisar
5 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 camb rempah beriani - bancuh dengan sedikit air...kalau terdesak pakai rempah beriani maggi pun boleh lah,
2 helai daun pandan - simpulkan
4 camb minyak sapi
2 biji tomato buah - potong dadu
sedikit safron
sedikit garam
daun ketumbar
1/2 ekor ayam - potong 6
Air mengikut sukatan beras

Bahan hias
gajus, almond panggang, kismis
bawang goreng
daun bawang dan daun sadri- dihiris

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumis bahan kisar dan rempah wangi (kulit kayu manis, bunga lawang etc) hingga wangi. Bila dah wangi masukkan rempah nasi beriani dan safron. Tumis hingga wangi dan garing.

2. Masukkan ayam, tomato dadu dan sedikit air. Masak hingga ayam empuk.

3. Masukkan beras, susu cair, air, garam, daun ketumbar dan daun pandan. Masak seperti memasak nasi biasa.

4. Bila nasi masak, gaul-gaulkan nasi supaya tidak melekat. Biarkan ia berderai. Jangan digaul kuat sangat nanti nasi patah, tak cantik.

5. Semasa menghidang, taburkan bahan hias.



DAGING MASAK HITAM

300 gm daging - dihiris, diperap dengan rempah sup, garam dan kunyit
1 biji bawang besar - kisar
5 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 camb rempah masak hitam - aku cuba rempah baru..brand 'Aween' beli kat pasar Tg Malim..1 paket = RM1.20..sedap..boleh beli lagi
2 camb air asam jawa
1 camb kerisik
2 camb sos tiram
Kicap manis dan kicap pekat/masin secukupnya

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Gorengkan daging yang telah diperap hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.

2. Tumiskan bahan kisar dan rempah wangi hingga wangi dan garing. Bila dah garing masukkan kerisik, rempah masak hitam dan air asam jawa. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan kicap dan sos tiram.

3. Masukkan daging dan sedikit air. Renehkan hingga daging empuk dan kuah pekat. Rasakan manis dan masin. Guna kicap manis dan kicap masin.

4. Taburkan daun sadri dan cili merah semasa menghidang. Makan dengan nasi putih pun sedap!

Wednesday, March 17, 2010

Honey Roasted Chicken


Oleh sebab anak yang kecik tu dah lelap..maka bolehla mamanya nak menulis resepi kat blog ni.

Honey roasted chicken ni aku masak dengan nasi ayam..pakai ayam kampung..sejak kedai ayam kampung dibuka depan umah ni aku dah tak makan ayam pekan..ewahhh sombong gitu..bukan tak makan langsung..makan juga..cuma lebih kerap makan ayam kampung..kebetulan pure honey ada banyak dalam pantry beli masa pergi cameron hari tu..plus ada kawan pegi sana lagi dan hadiahkan aku sebotol pure honey lagi sebab dia tau den ni suka minum air madu..tapi tak suka bermadu tau...mintak selisih! hehehe..here is d recipe to be shared with the viewers...my family love it very very much...selamat mencuba




AYAM PANGGANG MADU

1 ekor ayam - belah 4, cuci dan rebus separuh masak. Angkat dan toskan. Air rebusan jangan dibuang. Gunakan untuk memasak nasi ayam.
2 inci halia - kisar
5 ulas bawang putih - kisar
2 camb rempah kari
1 camb rempah tandoori - tak letak pun tak per..aku letak sbb suka rasa pedas and it beautify d look of d chicken bila panggang nanti.
4 camb madu
2 camb sos tiram
sedikit garam


Cara-caranya:

1. Perap ayam dengan semua bahan di atas. Perap lebih kurang 3 jam.

2. Panaskan oven 180'C dan panggang ayam selama 10 minit. Keluarkan dan sapu dengan madu. Panggang lagi. Ulang beberapa kali hingga ayam garing dan masak.

3. Bila dah masak, keluarkan dan dipotong kecik supaya senang untuk di makan. Makan dengan nasi ayam memang best!

4. Kalau rajin nak idupkan api lagi best. Panggang kat dapur arang!

Wednesday, March 3, 2010

Goulash Tulang Rusuk


Goulash ni tak cukup bahan sebenarnyer..tu yang warnanya macam pucat skit..sebab serbuk paprika ku kehabisan..pastu biasak la aku mesti improvise dr resepi asal mengikut tekak kemelayuan sejati aku hehehe dan banyak ingredients yang terpaksa di skip mengikut tahap kesihatan suami seperti kentang..dia tk boleh makan kentang..coz nanti dia kembung..walau apa pun my cooking never fails hehehe..suka sangat tengok hubby makan garlic bread cicah goulash ni..kids pun suka sebab tak pedas..

Jadi di sini dikongsi resepi dengan visitors..





GOULASH TULANG RUSUK


Bahan A:
2 batang tulang rusuk - dipotong 2- 3 inci
2 camb tepung jagung
1 camt serbuk lada hitam

Bahan B:
2 biji bawang besar - dicincang
2 biji bawang putih - dicincang
1 inci halia - dimayang
2 biji buah tomato - dipotong dadu
2 camb mentega
1/2 camb serbuk paprika
2 camb serbuk sup
garam gula
1 mangkuk air

Bahan C:
2 biji kentang - dikupas kulit dan dipotong 4
1 batang celeri - dipotong kecil
1 batang carrot - dipotong jejari sepanjang 1 inci
1 biji capsicum hijau - potong jejari

Cara-caranya:

1. Bahan A digaul bersama dan diperap sekejap.

2. Panaskan butter dalam periuk, tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga garing.

3. Masukkan tulang rusuk yang diperap dan digoreng sekejap hingga kekuningan.

4. Masukkan buah tomato yang dikiubkan, air, serbuk rempah sup dan serbuk paprika dan renehkan sehingga daging empuk.

5. Bila daging dah empuk, masukkan Bahan C dan renehkan sehingga sayuran 1/2 [email protected] Rasakan garam gula.

6. Sedap dimakan bersama garlic bread, toast atau pun dengan nasi putih biasa.

Sunday, February 28, 2010

Cream Cheese Orange Muffin



Gambar sebelum dan selepas..coz dah tatau nak makan aper for tea..hubby lak outstation for 3 days..nak bawa the gals kuar malas lak..besides the three-year-old wawa ni tak menang tangan nak jaga dia kalau keluar without hubby..cadang-cadang nak buat banyak skit..with a hope that i could hand a few to my good neighbour...anak anak dia suka my cooking..however, after peeking into my pantry i saw only 100gm of butter and 100 ml of cream available and i don feel like going out to the mart (though it is located just about 1/2 km from my house indeed hehehe)...guna jer la aper yg ada..and i ended up baking 12 muffins for 4 of us..and divided equally each of us would get three muffins each hehehe my gals said "mana cukup???" ari ni i cuma bake half of the ingredients..dpt 12 biji...saiz besar punya!
Actually i post this recipe special for my long lost friend who rite now is staying in London...thank you to FB for rejoining us after those many many years of being apart...hope one day we will meet again and there we shall share lots and lots of stories...for we havent met in 17 years (betul ker i calculate) Come back for Seafood Quiche recipe soon! Plan to cook the quiche this Tuesday..the day hubby returns from his outstesen hehehe


CREAM CHEESE ORANGE MUFFIN

Bahan A:
160 gm gula castor
4 biji telur - gred A

Bahan B: (diayak)
360 g tepung naik sendiri - pakai tepung Bluekey hehehe
2 camt baking powder
1/2 camt salt

Bahan C:
120 g susu segar
140 g butter - cairkan

Bahan D:
200 g cream cheese
3 camt gula kastor
1 camt jus oren

Hiasan:
Chocolate chip
Almond cincang

Cara-cara:

1. Pukul bahan A hingga kembang dan putih.

2. Dalam bekas berlainan, pukul bahan D hingga gebu. Masukkan bahan A dan C ke dalam bahan D yang telah dipukul.

3. Masukkan bahan B yang telah diayak ke dalam adunan muffin.

4. Jika suka boleh digaul sekali almond and choc chip.

5. Cedukkan adunan muffin ke dalam loyang muffin yang telah diletakkan cawan kertas. Taburkan choc chip di atasnya.

6. Bakar di dalam oven 180'C selama 20 minit atau hingga masak. Muffin akan merekah pada bahagian atasnya.

7. Serve during tea time..kids love it! Selamat mencuba!

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...