Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Thursday, November 20, 2008

Lala Masak Lemak Cili Api


Sesetengah orang panggil siput ni retak seribu. Aku panggil lala. Walau ape pun nama yang dipanggil dia memang kegemaran anak dara aku yang sulung tu. Masak ape pun dia akan belasah sampai licin dengan syarat jangan pedas sangat. Lagipun masak lala ni memang sekejap je. Dia tak perlu rebus lama-lama macam nak buat sup daging etc. Kejap aje dah siap. Lala ni tak dijual everyday kat pasar, tatau la kat pasar lain. Kalau kat pasar Benrang Stesen memang jarang-jarang ada dijual. Kalau ada memang aku jarang miss untuk membeli. Tapi make sure jangan beli yang tertutup rapat coz usually dalamnya penuh dengan lumpur. Kalau kat Tg Malim ni sekilo lala harganya RM5. Cukup la untuk aku 4 beranak. Sekarang ni aku memang tak sempat nak masak. Firstnya sibuk dengan nak pindah umah baru. Umah baru dah siap, kalau diizinkan Allah SWT sebelum raya haji nak pindah masuk. Kira macam raya haji kat umah baru la. So bila tengok dapur kat kuarters tu mood nak masak macam fade je coz teringat kat dapur dan kitchen cabinet baru kat umah baru yang mencecah RM12,000. Memang den bangkrap lepas niiii. Hari ni makan je la lala masak lemak cili api ni...


LALA MASAK LEMAK CILI API

1 kg lala - dicuci, buang lumpur dan tos
3 ulas bawang putih - ditumbuk
5 ulas bawang merah - ditumbuk
10 biji cili api - ditumbuk
3 batang serai - diketuk
3-4 keping asam keping
1 cm kunyit hidup - ditumbuk
1 mangkuk santan
2 biji tomato buah - belah 4



Cara-cara:

1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, kunyit, dan cili api.

2. Dalam one pot, masukkan semua sekali bahan ie santan, bahan tumbuk, asam keping, jangan lupa the main ingredient which is the lala dan masak hingga santan mendidih dan lala masak.

3. Rasakan garam gula dan juga masamnya. Boleh letak tomato buah yang dibelah 4. Senang dan cepat dan tak pakai banyak bahan menu ni. Untuk orang-orang yang on the go!

No comments:

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...