Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Wednesday, August 13, 2008

Sup Daging


Wawa kena demam campak. Kesian sangat kat dia. Habis merah-merah badannya naik campak. Patutlah last 2 days dia demam. Hairan jugak aku coz tak kena hujan, and tak ada pulak family member yang demam, tetiba dia pulak yang demam. Rupa-rupanya demam nak naik campak. Dari pagi dia asyik mintak nasi. Nak suap ikan bawal goreng kicap risau pulak takut dia makin sakit. Mak kata bagi minum air kelapa, nampak nya petangni terpaksalah aku mencari air kelapa. Pastu mak suruh masak sup ayam kampung. Manalah aku nak cari ayam kampung kat sini. Ayam pekan ada lah. Tapi Wawa dok mintak-mintak nasi nasi pagi. Last-last aku masak sup daging je kat dia. Ni pun tak tumis coz orang tua-tua kata kalau kena campak tak boleh makan tumis-tumis. Tatau la aku betul ke tak. So aku main rebus je. Campak semua bahan dan rebus. Dah masak aku suap Wawa, banyak juga dia makan. Sekarang dia tengah tidur kat depan TV dengan Memek dia. Cian sangat kat dia, menggerutu je badan dia naik campak......


SUP DAGING
(Cukup semangkuk untuk Wawa, tapi Along menumpang sama)

150 gm daging batang pinang
2 biji potato - belah 4
1 biji bawang besar - belah 6
2 biji bawang putih - mayang
1 cm halia - ketuk
1 batang serai - diketuk
Semangkuk air - untuk kuah
garam gula

Cara-cara:

1. Semua bahan-bahan tu aku masukkan ke dalam periuk dan direbus sehingga daging masak dan kentang empuk. Jangan lupa garam dan gula to taste.

Menu ni sesuai untuk orang sakit and kids. Hopefully Wawa will get better soon..... :(

No comments:

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...