Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Friday, August 15, 2008

Kerabu Kacang Botol dan Isi Ketam


Hari ni untuk lunch aku habiskan stok mana yang ada dalam peti ais. Tomorrow I have classes in Shah Alam. Coming home on Sunday. On Monday dah nak balik kampung. Memula ingat nak gi pasar this morning, boleh beli ayam coz cadang2 nak buat roti jala and kuzi ayam. Tapi malas nak kuar coz jap lagi at 3 pm dah janji dengan this one Chinese guy nak datang umah ukur grill and cabinet dapur. Malas nak kuar umah sampai a few times in a day. So belasah je la ape yang ada dalam peti ais. Lunch hari ni aku masak kari isi tenggiri since ada 2 ketul beli last time pergi pasar. Then daging goreng tandoori yang hubby goreng last nite ada balance lagi so panaskan je benda alah tu. Untuk Wawa macam biasa buat sup. MMMMmm kacang botol ni, sesetengah tempat panggil kacang kelisa, ni selain dibuat ulam, kerabu pun sodap. Ingredients semua ada, so jadilah kerabu hari ni, except aku improvise letak isi ketam. Lain la sikit dari yang dijual kat medan selera tu....


KERABU KACANG BOTOL DAN ISI KETAM

RM1 kacang botol
4 ulas bawang merah
1 cm halia
1 cm lengkuas
2 batang serai
Beberapa tangkai daun kesum
1 bunga kantan
1/2 cawan santan pekat
garam gula to taste
Sedikit belacan
Sedikit kerisik
6 biji cili api
2 ekor ikan kembung
3 batang isi ketam
1 biji limau nipis - ambil jusnya


Cara-cara:

1. Kacang botol dicelur dan dihiris nipis.

2. Serai dihiris nipis dan ditumbuk bersama lengkuas, halia, cili api, bawang merah, belacan dan kerisik.

3. Ikan kembung direbus dan diambil isinya lalu ditumbuk lumat.

4. Isi ketam dicelur 1 minit dan dihiris halus.

5. Daun kesum dan bunga kantan dihiris halus.

6. Campurkan kesemua bahan tadi termasuk santan, jus limau nipis, garam dan gula, dan semua bahan tumbuk bersama hirisan kacang botol dan digaul sebati. Rasakan masin, manis dan masamnya.

7. Hidangkan bersama nasi putih. MMMmmm sedap sangat sampai meratah-ratah lagi!

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...