Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Monday, July 28, 2008

Sup Ayam Berempah



Hmmmm 2-3 hari ni masakan aku semuanya berempah. Tapi actually rempah ni bagus untuk kita coz dia boleh memanaskan badan. Kalau masa pantang dulu aku boleh makan nasi dengan sambal lada hitam. Memang pedas, tapi nak panaskan badan punya pasal. Tok bidan kata boleh buang angin, dengan buang lemak sekali. Badan aku memang dah naik, dah ada lebihan hehehe tapi hubby kata tak ape coz itu bukan lebihan, itu sebenarnya menunjukkan "prosperity". Prosperity ke ape kalau dah dua pasang baju kena masuk store ni (dah tak muat huhuhuhu). So hari ni aku buat decision nak berdiet. Selalunya kat ofis tu aku la yang sibuk cari geng nak gi breakfast, tapi hari ni aku diam je. Tanak breakfast, tanak lunch. Nak dinner je. Pagi kat ofis aku cuma makan kuih lopes dengan teh tarik. Lunch tak ambik. Then balik umah masak sup. Tak leh aaaa tak dinner, kang kurus kering lak kang kes naya lak. So for dinner tonite aku masak simple je, sup ayam, bakar ikan kembung dan air asam and sayur peria goreng. Air asam tu resepi dia sama je dengan resepi air asam yang aku guna untuk makan dengan nasi tomato hari tu (boleh rujuk that recipe). Ikan bakar tu sempoi gila, just taruk je garam kunyit then bakar. Tapi sesapa yang ada daun pisang or daun kunyit boleh balut dulu ikan dengan daun tu, lagiiiiii wangiiiiii. Huhuhuhu banyaknya aku makan malam ni coz ada ikan bakar. So tell me mampukah aku nak berdiet. Aku ingat elok aku posa kot. Sempena Rejab yang mulia ni. Mana tau boleh turun sekilo dua....hihihihihi.

SUP AYAM BEREMPAH

Ayam - ambik bahagian yang bertulang - potong dan bersihkan
1 paket sup bunjut
1/2 camt jintan manis - digiling
1/2 camt jintan putih - digiling
1/2 camt ketumbar - digiling
2 cm halia - diketuk
3 ulas bawang merah - ditumbuk lumat
2 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
1 biji bawang besar - dibelah 6
2 biji kentang - belah 4
1 biji tomato - belah 4
Sedikit bunga kubis
Sedikit carrot
2 mangkuk air
Bawang goreng
Daun bawang dan daun sup - dihiris kecil
Air limau nipis
4 biji cili api - dipotong kecil
Minyak untuk menumis

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bawang yang ditumbuk hingga perang dan wangi. Bila bawang dah garing masukkan pula rempah yang telah digiling dan juga halia. Masak lagi hingga rempah garing.

2. Masukkan ayam, kentang, air, sup bunjut dan bawang besar. Masak hingga ayam dan tomato empuk.

3. Masukkan pula tomato, carrot dan bunga kubis. Biarkan sebentar coz sayur ni tak memerlukan merebus yang lama. Rasakan garam dan gula.

4. Bila menghidangkan taburkan sedikit bawang goreng, daun bawang dan daun sup, cili api dan perahan air limau nipis.

Wawa dan along malam ni banyak makan nasi coz ada sup ayam. Sup ayam ni memang along punya favorite. Wawa pun tak kurang hebatnya. Lepas makan nasi sup ayam, dia meratah lak ikan bakar :)

6 comments:

Anonymous said...

wow, nampak menarik jer sup ni, kena try la. heheheyum.yum.yum.

Mieza said...

Linnnn memang ko kena try sebab halia tu aku sebat engko punyaaaaaa. Aku kehabisan halia daaa. Time kacih noooo, lain kali aku nak pinjam lagiiii hehehe

wai said...

kalau macam ni punye resipi hari - hari, alamat misi berdiet tak menjadi lah kak as....hehehe...kalau nak kuruska badan, cuba try seminggu tak makan cuma minum ayaq kosong ja!!! hahaha ada berani? :) anyway, your recipes look delicious, look gorgeous...ermm marvellous je..tapi kalau dapat makan lagi showww...ok chow.

Anonymous said...

APA KATA KITA BUAT PERSATUAN MASAK-MEMASAK, KITA CADANGKAT RUSMINA, SO BOLEH SURUH STUDENT MASAK, KITA TUKANG RASA.....KWANG...KWANG...KWANG

Bali Tour said...

nampak sedap
terima kasih atas resepinya :)

Bali Tour said...

nampak sedap
terima kasih atas resepinya :)

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...