Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Wednesday, July 2, 2008

Kek Coklat Lembap Beralmond

Dah lama tak bake this cake. Rasanya sejak pregnant kan wawa and sampai dia sekarang dah 1 1/2 years old, aku tak penah masak lagi. Along pulak dah banyak kali mintak dibuatkan kek coklat ni especially time birthday dia yang ke 8 last month, tapi aku busy sangat. Masa birthday dia tu my students tgh final exam, busy dengan paper yang banyak. so skg politekknik tgh cuti, and uitm pun tgh cuti, next week my weekend class will begin again, tak sempat pulak nak bake kan along this cake. so jenguk2 dalam peti ais semua bahan ada, eeeemmmm aku pun masuk dapur time wawa tgh tidur siang tadi and bermulalah pengembaraan ku. Senang je sebenarnyer buat kek ni. Resepi asal kek ni pemberian kawan husband, tapi aku dah imrpovised ikut my taste laaaaa. Husband and the girls semua suka kek ni, termasuk laaaaa akuu heheheh

KEK COKLAT LEMBAP BERALMOND

170g butter - selalunya aku guna butter SCS @ fern @ farmcows
330 g castor sugar
220g tepung - ayak dulu tau
1 camt baking powder
60g serbuk koko - ayak jugak
4 biji telur gred A
Secubit garam
Almond chunk - goreng tanpa minyak sampai golden
1 cawan air panas
1 camb penuh nescafe'

Bahan untuk coklat ganache
1 bar cooking choc
176 ml whipping cream

Cara-Cara
1. Campurkan serbuk koko dan nescafe' ke dalam air panas. Kacau sampai sebati. Make sure tak berketul tau. Ketepikan.

2. Pukul butter dan gula sampai kembang. Masukkan garam.

3. Bila dah kembang, masukkan telur satu persatu. Pukul sampai sebati je. Guna speed paling rendah.

4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, diselang seli dengan air bancuhan koko yang telah disiapkan awal-awal tadi. Guna senduk kayu. Jangan pakai mixer.

5. Bila dah sebati, masukkan almond, dan kacau2 sikit. Masukkan ke dalam loyang yang telah digrease.

6. Bake pada suhu 180'C selama 50 minit atau hingga masak.

7. Bila dah masak sejukkan dulu dan baru lah dituang coklat ganache ke atas kek. Ganache boleh disediakan dengan cara mencampurkan whipping cream and cooking choc dan dimasak secara double boiling sehingga larut dan pekat.

*****emmmm along and wawa kalau makan kek ni memang sampai comot2 mulut.

2 comments:

MarD said...

balik raya kat kedah nanti tolong buatkan kek ni ye...adik ipar nak merasa lak...walopon reti wat sendiri, tp mn sedap mcm akak tersayang buatkan...
ewahhh..

p/s : patutla wawa bulat..asik mkn je kerjanya..wakakka..

Mieza said...

buleh buleh tapi adik ipar sediakan laaaaa ingredients nye ekkkkk? Butter scs tu mahalnyer skg ni, RM7.50 sebijik, so kita pakai la farmcows je RM3.50 jek....kan ke menurut dinda apa2 je below RM10 is a bargain product kan kan kan? Ke nak letak below RM5 pulak? Extra bargain wakakakakaak

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...