Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Friday, July 25, 2008

Gulai Udang Dengan Cendawan Sisir


Cendawan sisir ni actually given by my husband's sister-in-law (she's my biras lah). Her hometown is in Baling, Kedah. Kat sana banyak cendawan sisir, dan family dia memang suka kutip cendawan ni kat batang pokok getah. Aku lak memang suka dengan cendawan ni. Buat cucur pun sedap gak. Sometimes aku goreng kunyit je, but today i felt like masak gulai udang taruk cendawan ni. Cendawan ni actually dried, yang fresh pun ada, tapi kalau dried boleh simpan lama. Bila nak masak, rendam dia dalam air panas sampai dia kembang, then basuh bersih-bersih. Time basuh, kena ramas-ramas dan perah dia, macam perah santan. Tujuannya supaya hilang bau dia. Tapi kalau masa fresh dia dibasuh bersih, memang tak ada bau. Dah basuh bersih, baru jemur kering. Yang kering tu disimpan dan direndam bila nak masak je.

GULAI UDANG DENGAN CENDAWAN SISIR

1 paket rempah kari udang - aku pakai adabi
200 gm udang sederhana besar - dibersihkan
100gm cendawan sisir - direndam, basuh, dan perah.
2 tangkai daun kari
1 mangkuk santan
4 ulas bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
2 biji cili hidup - dibelah
Sedikit air asam jawa
2 camb minyak untuk menumis
Garam dan gula to taste

Cara-cara:

1. Rempah kari dan daun kari dimasak dengan 1/2 cawan air hingga masak dan garing.

2. Bila rempah garing, masukkan air asam jawa. Kemudian masukkan santan, cendawan dan udang. Masak hingga santan mendidih.

3. Jangan biarkan santan mendidih lama sangat, nanti pecah minyak. Rasakan garam gula dan boleh dimatikan apinya.

4. Dalam kuali yang berasingan, panaskan minyak dan goreng bawang yang telah dimayang hingga garing. Kemudian tuangkan bawang goreng tadi, bersama minyaknya sekali ke dalam gulai udang dan cendawan. Kacaukan biar bawang goreng meresap ke dalam kuah. Hidangkan.

Gulai udang memang sedap jika dibuat gulai secara gulai darat. Aroma bawang goreng akan menyebabkan gulai udang berbau wangiiiiii sangat, dan sangat membangkit selara...YummMMY!

2 comments:

wai said...

wah...tangkap cintan aku dengan sotong goreng tom yam kak as ni!! balik kg ni confirm aku buat...tengok gambar pun dah menyelerakan, inikan pulak kalau ada depan mata! hehehe.. boyfriend sebelah pun tak nampak dah....anyway kak as, chaiyok! chaiyok! tapi bulan puasa, jangan lah letak gambar close up macam dalam blog akak ni, nanti mesti kecuq ayaq liuq...hehehe tulis resepi je tau..ok...chow...

Mieza said...

Wai, masak jangan tak masak. lagi sedap kalau guna sotong telur. Tapi susahnya nak cari sotong telur kat Tg Malim ni. Anyway wai, good luck cuba resepi tu. nanti jangan lupa bagitau hasilnya dan jangan lupa antor product ke Q1-002 ye? MMMM YUmmMMMYYY!!!!!

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...