Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Tuesday, July 22, 2008

Gulai Ikan Talang Masin Dengan Nenas















Gulai Ikan Talang Masin ni memang sedap kalau dimasak dengan nenas madu. Aku memang suka nenas madu ni, tapi selalunya kat Pasar Behrang Stesen ni jarang ada orang jual nenas madu. Selalunya depa jual nenas yang jenis lain, aku pun tak tau jenis apa, tapi yang aku tau, jenis tu memang tak sedap. Selalunya aku jumpa orang jual nenas madu ni kat pasar minggu, sama ada pagi Ahad kat Slim River, ataupun pagi Jumaat kat jambatan Behrang Stesen. Tapi yesterday aku pergi TF, ternampak ada nenas madu ni, RM2.50 sebiji. Aku cium baunya, hullamakkkk manisnya, kecur air liur. Hari tu ada kawan kasi ikan kering. Perfect. Boleh la buat gulai ikan kering dengan nenas. Some people suka buat masak lemak cili api ikan kering letak nenas. Tapi ini resepi gulai ikan kering orang utara. My husband siap cecah dengan roti lagi :)

GULAI IKAN TALANG MASIN DENGAN NENAS

200 gm ikan talang masin - aku akan ambil part tulang dan sedikit part yang ada isi. Yang tulang tu lagi sedap.
1/2 paket kecil rempah kari ikan kering - aku guna 'Adabi'
1/2 biji nenas madu - kupas kulit, buang matanya, dan dihiris nipis
2 ulas bawang merah - tumbuk lumat
5 ulas bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
3 camb minyak masak
Semangkuk santan pekat


Cara-Cara:

1. Ikan kering dipotong kecil, basuh dan ditoskan

2. Rempah kari dimasak dengan 1/2 cawan air hingga masak dan garing.

3. Bila rempah dah garing, masukkan santan, bawang tumbuk, ikan kering dan nenas. Kacau selalu, kalau tak nanti santan berketul.

4. Bila dah mendidih, rasakan masin manisnya. Selalunya gulai ini tak memerlukan garam kerana ikan masin memang dah masin, dan manis nenas madu tak memerlukan gula lagi. Jangan biarkan santan mendidih lama takut pecah minyak. Sekali mendidih je dah cukup. Boleh tutup api.

5. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang yang dimayang hingga garing dan baunya emmmmm harummmmm sangat. Bila dah garing masukkan bawang goreng ni, sekali dengan minyaknya ke dalam gulai ikan kering tadi. Ini dinamakan tumis darat. Wangi dan sedap sangat gulai ikan kering kalau tumis darat macam ni.

(Gambar sebelah : sayur campur)

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...